Wednesday, March 1, 2017

KARYA SURGA YANG DIRINDUKAN 2 MENINGGALKAN FILEM MALAYSIA

SEKALI LAGI SEBUAH KARYA MAHSYUR INDONESIA MENUNJUKKAN FILEM MALAYSIA MASIH JAUH KETINGGALAN! PERGILAH MENONTON ANDA TENTU TIDAK RUGI MELIHAT KARYA HASIL NEGARA JIRAN INDONESIA... SEDIAKAN TISU BANYAK2 YA.... Tengok trailer pun sudah nampak auranya... Dimanakah filem mahsyur malaysia pada hari ini? hujung minggu ahad lepas saya menonton filem ini kerana menonton sekuel pertamanya tiga minggu lepas dari online... Saya menonton bersama anak saya seorang lagi... saja2 menonton sebelum pergi mencuci kereta... Saya galakkan anda pergi menonton bagi yang ingin menulis cerpen atau bagi yang kedekut untuk membayar wang tiket pawagam kerana hanya mahu menonton filem yang bermutu...
Filem ini salah satunya filem yang bermutu tidak seperti filem tanahair kita sendiri... entah dimana silapnya filem Malaysia... Bagi peminat novel.. ya ini masanya untuk anda menonton filem ini.. lari dari kebiasaan dari filem-filem yang diadaptasi dari novel Malaysia... Kajian saya ketika melakukan sarjana ialah dalam bidang penyiaran khususnya drama Indonesia terhadap penerimaan penonton Malaysia.. Kajian saya turut merangkumi dari drama era nenek kita zaman sekarang seperti drama Dallas, Dynasty dan beberapa drama menjadi pelopor kepada kajian audiens... Sehingga hari ini saya masih tercari2 dimanakah filem atau drama Malaysia yang boleh dikategorikan mahsyur? OMBAK RINDU? Puteri Gunung Ledang? malah drama Malaysia masih pada peringkat suam-suam kuku rasa syok sendiri penonton kita dan pengarahnya seperti ditangkap berkhalwat suka sama suka tetapi tidak pada orang lain... filem2 malaysia tidak semahsyur filem indonesia... sama ada dari filem tenggelamnya kapal van der wijck, surga yang tak dirindukan, laskar pelangi atau ketika cinta bertasbih... kenapa?
Sebabnya filem Malaysia masih kedekut masih takbur dan masih ego... lihat sahaja filem mahsyur mereka pengarahnya bukan alang-alang, original sound track untuk filem pun bukan orang sembarangan yang menciptanya.. artisnya tidak sekacak fattah amin yang baru buat buku berharga puluh2 ringgit malah tidak secelupar artis malaysia. Malah filem malaysia diremehkan dan ditelanjangkan oleh filem surga yang tak dirindukan 2... filem Malaysia pada masa itu yang juga ditayangkan kebetulan pada bulan febuari iaitu Soulmate Hingga Jannah akhirnya terjun ke nerakan jahanam! walaupun pelakonnya dari tanah temasik! Tidak dinafikan indsutri filem indonesia lebih maju garapan kisah atau plot... malah ia lebih maju sejak dari dulu lagi selepas era filem atau drama hitam putih. tapi kita perlu ingat bahawa suatu ketika dulu filem kita pernah menjadi tontonan umum khususnya pada era kemahsyuran P.Ramli dan selepas itu kita terus jauh ditinggalkan oleh negara jiran kita sendiri... nasiblah pada era zaman filem dan tv warna kita pernah juga digahkan dengan filem Azura, Hapuslah Airmatamu, Fenomena, Isabella itupun sekejap sahaja.. ikut musim mengawan...
Sampai bila kita ingin berbangga dengan filem P.ramli... filem semerah padi, pendekar bujang lapok, hang tuah dan lain2 lagi... ke mana perginya filem Malaysia sekarang?
Ianya hasil daripada otak pemikiran dan cara hidup kita di Malaysia.... apabila masyarakat lebih suka yang khayal2 seperti meminum air daun ketum.. maka penulis novel, penulis skrip dan juga pengarah terpaksa ikut sama meminum air daun ketum tidak berani untuk berkata "cukup sampai di sini! kita harus berubah walaupun sukar" "KITA KENA BERUBAH! NOVELIS KENA BERUBAH! PENULIS SKRIP KENA BERUBAH! EDITOR KENA BERUBAH! PENGARAH KENA BERUBAH!" Dan selepas itu penonton akan berubah! Bayangkan ketikan menonton filem ini hampir sebahagian penonton perempuan dalam pawagam itu bertudung labuh! BERTUDUNG LABUH! rasanya pelajar universiti dan kolej serta pelajar sekolah.... yang pastinya penonton yang duduk di belakang kami semuanya menangis khususnya yang perempuan2... cuma saya dengan anak saya Mirza sahaja yang duduk di row ketiga masih teguh menahan sebak... walaupun tayangan sudah masuk minggu ketiga tetapi masih ramai lebih dari separuh tempat duduk penuh. Bila filem tamat dan lampu hidup semulA... semua mengelap airmata yang berlinangan dari tadi... kenapa boleh jadi begini? awal2 lagi penerbit filem Surga Yang Tak Dirindukan sudah memaklumkan bahawa filem ini akan dekat pada hati penonton... Ada pengarah atau penerbit kita (malaysia) yang berani menjanjikan sebegini rupa? kalau ada pun semuanya hanya untuk meraih simpat penonton... Lihat unsur islamik yang dibawa dalam filem ini... tidak terlalu berat untuk dihadam ianya seperti filem tenggelamnya kapal van der wijck... tidak seperti kisah dalam filem ketika cinta bertasbih dan ayat-ayat cinta yang lebih islamik... apatah lagi kalau filem Malaysia pantang bila menghasilkan filem islamik heronya mengalahkan malaikat! kalau tidak pun mesti menjadi hantu terlebih dahulu kemudian menjadi malaikat... tidak ada yang berpijak di bumi nyata... sederhana... malah garapan drama filem melayu tentang islam itu melebih-lebih macam lebih temberang dari yang benarnya...
Itu belum lagi ditambah dengan sikap takbur, riak, ego dan temberangnya filem Malaysia yang asyik2 mengaitkan dengan datuk, tan sri, datuk seri malah mesti menghidangkan halwa mata dengan rumah banglo yang tersergam indah, kereta mercedez BMW dan kereta jenazah! semuanya filem malaysia suka menunjuk2 tapi hakikatnya rakyat malaysia sendiri masih terkapai2 mencari minyak masak pun sukar apatah lagi yang mengeluh dengan kehidupan sebenar serba kekurangan! Pada saya filem melayu mungkin boleh berubah jika karyawan pengarah-pengarah muda diberikan peluang mungkin shamsul yusuf mempunyai kredibilit... novel2 juga perlu diangkat dari hasil yang bukan lagi cicipan atau mainan mulut gampang begitu seperti suamiku encik sotong kurita, suamiku suri pilot mak bapak kau, suamiku paling sweet macam harom!
Filem malaysia akan hambar akan merudum dan tidak lagi dipandang sebagai filem antarabangsa... tidak lagi menjadi topik pada negara indonesia untuk bersaing... semuanya bermula dari pengkarya.... AG not Cyn!