Wednesday, February 16, 2011

Want to be a Millionaire?

Hendak menjadi jutawan? terlalu sukarun tuk menjadi usahawan tetapi kalau untuk mendapat wang yang mencukupi saya ada caranya.....

suatu yang mudah dengan hanya sedikit pelaburan dan sedikit usaha... dan usaha tersebut hanya melalui PC peribadi anda atau di mana-mana sahaja menggunakan internet...

Yang penting ialah ikhlas dan  kejujuran, anda juga perlu mendermakan sedikit hasil yang anda perolehi pada kerja2 kebajikan.... dan yang paling untuk muslim sahaja... hairan! 


Nantikan kemunculannya... dan jangan risau kerana ia bukan menjual mana-mana produk malahan tidak menggunakan produk sebagai top up... cuma perlukan kejujuran, keikhlasan dan amal kepada sesama saudara islam!!!!

Friday, February 11, 2011

Apa dah jadi?

Apa dah jadi? sejak akhir-akhie nie aku dah jarang sangat muncul kat kolej kerana nak menghabiskan thesis aku pada semester akhir.... entah dah berapa lama aku duduk terperuk dengan thesis yang tak pandai habis-habis... mungkin banyak komitmen dengan family... aktiviti... dll sebab kalau dah smpi rumah otomatik thesis aku 'klik' hilang mcm tu jer...  bila nampak muka anak aku hilang semua masalah... bila banyak fikir makin banyak aku makan... tengok perut aku asyik memboroi mengalahkan emak budak yang mengandung enam bulan... hahahaha!

Bila bosan aku buat eksperimen buat kek... kalau kek tak jadi anak-anak aku makan, kalau kek menjadi tak cukup sehari dah licin habis.... kalau betul-betul tak menjadi habis tong sampah yang makan! aku pun jenis tak puashati kalau kek tak jadi... esok buat lagi! Aku pun tak perasan bila asyik makan kek anak lelaki aku dah besar melebih-lebih umur 3 tahun dah 31 kilo... tekejut nurse bila aku sebut 31 kilo... mcm lah aku nie tak pandai menimbang berat badan anak sendiri! bila nurse timbang tersenyum masam bila penimbang tue tepat-tepat menunjukkan 31 kilo... ha ambik ko! nak juga aku suruh dia pikul penimbang dengan anak aku sekali biar nurse tu tau!

Pengajaran yang aku perolehi selama menjadi orang yang banyak komitmen nie ialah BERSABAR! bukankah Allah itu bersama-sama dengan orang yang sabar! jadi walaupun aku sibuk dengan thesis dan kek serta anak-anak aku... aku sentiasa berfikiran positif untuk cekal kerana aku tau aku masih ada penyokong kuat yang memberi semangat dan ada peneman setia yang sentiasa tersenyum sumbing  hehehehe WIFE akulah! dan yang paling untuk kita semua HATI MESTI BERSIH bila hati bersih semua aura kebaikan meneggelamkan semua yang buruk!

Gift!

My Girlfriend! my Life!


Harta yang paling bernilai di dunia dan diakhirat sekiranya di didik dengan Agama Allah...

Gara-gara Duit Kucar Kacir jadinya

Salam dan selamat Sejahtera....
Masa kolej kediaman tempat stay nie dilanda kontorversi blog semua orang nak ada blog sendiri... bila kontorversi reda semuanya kuncup mcm cendawang yang di kencing kucing... kemudian bermulalah zaman FB...
tapi akhir-akhir nie bila fikir nak jana duit maka mula lah pasang niat nak menghidupkan semula blog cendawan yang layu nie untuk menjadi cendawan dalam tin dan dieksport hingga ke Afrika... rakan felo yang lain pun teruja dan memacu nafsu untuk jana duit termasuk diri sendiri sedangkan follower hanya sekerat jer....

Tapi aiman tak kisah... yang penting blog yang gersang tandus pada zaman jahiliyah nie perlu dijana menjadi enjin serba moden.... Maka bermulalah kisah blog kitaorang semua!