Apa dah jadi? sejak akhir-akhie nie aku dah jarang sangat muncul kat kolej kerana nak menghabiskan thesis aku pada semester akhir.... entah dah berapa lama aku duduk terperuk dengan thesis yang tak pandai habis-habis... mungkin banyak komitmen dengan family... aktiviti... dll sebab kalau dah smpi rumah otomatik thesis aku 'klik' hilang mcm tu jer... bila nampak muka anak aku hilang semua masalah... bila banyak fikir makin banyak aku makan... tengok perut aku asyik memboroi mengalahkan emak budak yang mengandung enam bulan... hahahaha!
Bila bosan aku buat eksperimen buat kek... kalau kek tak jadi anak-anak aku makan, kalau kek menjadi tak cukup sehari dah licin habis.... kalau betul-betul tak menjadi habis tong sampah yang makan! aku pun jenis tak puashati kalau kek tak jadi... esok buat lagi! Aku pun tak perasan bila asyik makan kek anak lelaki aku dah besar melebih-lebih umur 3 tahun dah 31 kilo... tekejut nurse bila aku sebut 31 kilo... mcm lah aku nie tak pandai menimbang berat badan anak sendiri! bila nurse timbang tersenyum masam bila penimbang tue tepat-tepat menunjukkan 31 kilo... ha ambik ko! nak juga aku suruh dia pikul penimbang dengan anak aku sekali biar nurse tu tau!
Pengajaran yang aku perolehi selama menjadi orang yang banyak komitmen nie ialah BERSABAR! bukankah Allah itu bersama-sama dengan orang yang sabar! jadi walaupun aku sibuk dengan thesis dan kek serta anak-anak aku... aku sentiasa berfikiran positif untuk cekal kerana aku tau aku masih ada penyokong kuat yang memberi semangat dan ada peneman setia yang sentiasa tersenyum sumbing hehehehe WIFE akulah! dan yang paling untuk kita semua HATI MESTI BERSIH bila hati bersih semua aura kebaikan meneggelamkan semua yang buruk!
No comments:
Post a Comment