Tabah...
aku lihat seorang wanita tabah berdiri dihadapanku...
seorang wanita yang pernah membuai lena seorang insan bernama anak dan mengulit mimpi untuk suami tercinta...
siapakah yang tabah?
seorang ibu yang membuai seorang anak yang tidur lena
atau seorang isteri yang mengulit mimpi untuk seorang suami...
kedua-duanya tabah...
kerana seorang ibu adalah seperti Aisyah yang menidurkan anaknya dengan kasih sayang
dan seorang isteri seperti Khadijah yang memeluk erat nabi Allah SAW ketika menerima wahyu pertama menenangkan hati yang gundah...
Tabah...
tabahnya seorang wanita apabila berkongsi suka dan duka bersama suami...
tabahnya seorang ibu apabila tidak dikira setitik susu walaupun anak boleh derhaka pada suatu masa kelak...
ketabahan wanita penuh ranjau dan duka,
penuh manis dan suka hanya Allah dan nabiNya mengenali wanita lebih baik dari semua makhluk dimuka bumi ini...
kerana ia adalah ciptaanNya kerana Rasulullah penunjuk tingkahnya...
maka berpeganglah pada tali Allah iaitu Quran dan Hadis...
kerana tidak ada yang paling mudah memasuki syurga melainkan seorang wanita mulia yang boleh memasuki pintu syurga melalui mana-mana pintu yang diingini...
Tabah...
wanita tabah bukan hanya diiktiraf oleh manusia tetapi juga Penciptanya...
ingatlah airmata seorang ibu yang mengalir kerana duka bisa menggegarkan hati insan nurani... ingatlah airmata seorang isteri yang jatuh jernih bisa memberi kesyahduan kepada suami...
Tabah...
tabahlah wahai soerang ibu tabahlah seorang isteri kerana syurga berada dibawah kakimu...
janganlah engkau memalingkan muka tetapi berikanlah senyuman...
kerana senyumanMu bagaikan mutiara di lautan gelap...
ingatlah insan bernama lelaki pasti dan pasti dirimu memerlukan pohon yang rimbun dari seorang ibu diakhirat kelak
ingatlah lelaki engkau juga adalah dahan untuk seorang wanita berpaut diakhirat nanti..
seorang lelaki yang bernama anak dan suami pasti akan mencintaimu hingga hembusan terakhir...
Norlaji
No comments:
Post a Comment