Siapakah Tuah Siapakah Jebat?
untuk menjadi seorang yang digelar Tuah perlu menjadi seorang yang hipokrit dan tukang angguk? untuk menjadi seorang Jebat perlu menongkah arus dan mengatakan tidak pada yang tidak dan mengatakan benar pada yang benar... benarkah?
Siapakah Tuah Siapakah Jebat?
Kedua-duanya panglima perang.. kedua-duanya berguru pada Adi Putra... tetapi alangkah rosaknya bila si Tuah yang ada pada zaman moden ini seperti talam dua muka.. bermuka baik pada orang tetapi bila berada dibelakang semua dicantas... dengki.... rakan sendiri yang dirasakan sebagai penggugat dirinya hendak dicantas jangan kan si Jebat malah Tun Teja juga hendak dicantas...
Siapakah Tuah Siapakah Jebat....
berkata benarlah kerana berani kerana benar takut kerana salah...
lihat orang disekeliling tidak berani berbuat durjana pada si Tuah sekiranya diri tidak alpa bahawa gelaran Laksamana hanya pada tempat dan masa yang sesuai.. ingatlah diri kerana tidak ada seteru dengan kerajaan malah telah tamat ikatan dengan kerajaan... bila anak buah si Tuah diberi makan oleh si Jebat.. maka rasa dengki muncul..rasa cemburu tinggi
bila anak buah si Tuah moden diajak bermain sepak raga dan menonton wayang kulit.. diheboh pada semua rakya..t pada raja.. si Jebat telah derhaka...
Ingatlah!!!
Si Tuah dan rakan-rakan seperguruan juga telah bermain sepak raga... telah ke warung hingga pukul 3 4 hening hingga lupa solat subuh... tetapi semua pembesar malahan si Jebat yang lurus tidak berbunyi... kerana siapalah Jebat siapalah pembesar...
Siapakah Tuah Siapakah Jebat?...
dahulu kala negara permai.. ketawa bersama... riang bersama... sedih bersama...
lalu di fitnah oleh Si Tuah kerana membina angkatan untuk menderhaka... siapakah yang membina angkatan? bukankah didahului oleh si Tuah? bukankah si Tuah lebih dulu yang mematikan pandangan dengan berpakat dengan pembesar lain? jawablah Tuah...
Siapakah Tuah Siapakah Jebat?
raja adil raja disembah... kerana raja adil dan muda hendak belajar menduduki takhta maka si Tuah membuat keputusan.... si raja hanya mendengar pada si Tuah.. manakah kegemilangan masa lampau? si Lekiu.. si Lekir dan Sang Kasturi terdiam.. takut kaku hingga paras kuku kerana tidak berani berkata benar.. Ingatlah kita hanya rakyat hanya pembesar biar raja yang memberi kata hikmah tetapi biar kita memberi pendapat dan pandangan.. jangan sekali-kali berani membuat keputusan untuk raja... jangan jadi raja boneka...
Siapakah Tuah Siapakah Jebat?
Rakyat maklum telah dicanang bahawa si Tuah juga seperti raja walaupu raja hilang dalam gelita... mestikah si Jebat berkata benar? kerana benar terlalu pahit... kenapa si Tuah takut bersemuka pada malam keramaian pembesar? jangan menjadi pengecut di belakang berkata dusta di depan manis bagai tebu hitam...
Siapakah Tuah Siapakah Jebat
Wahai Jebat wahai Tuah bukankah berbaik-baik menjadikan negara makmur dan kuat? memang benar berbaik-baik tanda iman masih ada tapi ingatlah sejauhmana gelaran panglima jangan lebih dari betis jangan lebih dari paha.. biar pembesar dengan tugasnya biar panglima lain dengan tugasnya...
lihatlah bila rakyat merosakkan hartamu... bukankah itu tandanya rakyat tidak suka... kenapa Tuah masih tidak sedar..
wahai Tuah ingatlah dirimu dan diriku hanya menjadikan bumi makmur sebagai persinggahan malahan diri Tuah tidak lagi menjadi rakyat yang benar telah lalu masa si Tuah jangan kerana ingin tinggal di kerajaan dipulau yang besar maka si Tuah terpaksa berbaik-baik... carilah rezeki carilah pedoman... ingatlah Tuah jika Tuah dirundung malang semuanya sia-sia belaka kerana bukan lagi menjadi rakyat.. bukan lagi menjadi panglima walaupun Maharaja mengizinkan tetapi maharaja tidak mengetahui...
Siapakah Tuah Siapakah Jebat...
Sebagai panglima perang biar menjadi panglima perang jangan dicampur urusan raja jangan dicampur urusan harta duit... biarkan raja yang mengurus dan Tun Perak kerana mereka lebih tahu dan meraka lagi layak kita hanya rakyat biasa diangkat kerana ilmu dari Adi Putra... wahai Tuah jangan melangkah melebihi tapak kaki pembesar lain... hinakah Jebat, derhakakah Jebat berkata benar... jangan dikatakan dengki malah sakit hati sama sekali tidak kerana Maha Esa telah berpesan jagalah hati kerana hati kunci iman...
Siapakah Jebat Siapakah Tuah?
wahai Tuah yang bertuah lupakah Tuah menggunakan nama panglima lain untuk kepuasan diri... mendaki gunung ledang... merentas sungai melaka... semuanya bersama anak buah yang tersayang... tidaklah semua panglima kabur pemikiran dan pandangan... kerana nakhoda merentas sungai melaka kerana nakhoda mendaki gunung ledang hanya bersama anak buah mu oh Tuah? tidak kah rasa bersalah mendaki gunung Ledang semua orang suruhanmu tidak mengeluarkan sebiji beras tetapi hamba hina yang lain memberikan seguni beras untuk menutup perbelanjaan mu... adilkah itu? dimanakah nilai seorang manusia yang lemah ditindas dirompak untuk membeli persalinan merah yang sungguh berani.... berkatalah benar wahai Tuah berkata benarlah wahai Jebat... kerana orang suruhanmu mengikut katamu kerana orang suruhanmu menghantar nafkah maka di iyakan untuk bermandi disungai melaka... untuk melampiaskan nafsu serakah... semua panglima tergamam.. semua pembesar tahu tapi semua takut kerana Tuah orang paling kanan disebelah Raja...
Siapakah Tuah Siapakah Jebat..
dulu negara perami tiada dusta tiada dengki tiada nestapa bertanyalah pada panglima perang yang lain... tiada yang menafikan... tanyalah rakan sepondokmu.. kerani gusar sanggup mengadah rakan panglima dulu bertanya apa benar kiranya si Tuah yang berpuak...
Ingat si Jebat takut dengan raja tetapi untuk berkata benar terpaksa diluah... sekiranya si Tuah berani maka panggilah panglima lain untuk duduk semeja membenarkan kata-kata yang benar dan menidakkan kata-kata yang dusta... Beranikah Tuah? dirimu rajin depan raja bak hamba abdi tetapi ingatlah bila dipondok beradu mu engkau bagaikan raja yang lepas bersantap terus membaling daun pisang biar hamba abdi rakan sepondokmu yang mengutip daun pisang...
Saipakah Tuah Siapakah Jebat?
adakah bagai musang berjanggut... benarlah manusia itu hina bila berdusta manusia itu hina bila bermuka-muka... Jebat tidak bermuka-muka semua orang tahu Jebat masih amarah semua orang tahu Jebat masih tidak duduk lena adakah itu bermuka-muka... memang Jebat terpaksa berkata benar.. kerana jika salah maka salah lah jika benar maka benarlah...
wahai Tuah jangan menunjukkan ikhlas mu di depan raja tapi dengan rakan seperguruan mu hatimu hina...
wahai Tuah jangan di depan raja engkau menyembah tetapi dengan rakan seperjuanganmu engkau malas...
Siapakah Jebat Siapakah Tuah?
menjadi insan manusia yang taat hati mesti teguh jangan berbaik pada yang berpangkat pada hanya orang suruhanmu tetapi hamba hina lain engkau hunuskan keris.... wahai Tuah jangan lepas ini hanya orang suruhanmu mendapat pondok yang indah beradu berdua beradu bertiga... jangan engkau dangkal kerana akalmu tidak kemana... jangan kerana sikapmu si Jebat menderhaka lagi...
Ingat Tuah kerana engaku yang paling kanan antara rakan panglima maka jika engkau menginginkan sesuatu maka engkau mengiyakan pada raja agar raja disinggah sana mengangguk.. tetapi jika rakan panglimamu inginkan sesuatu dengan rakyat engkau cantas berasnya engkau cantas airminumnya.. sedangkan dirimu tidak layak untuk mencantas kerana engkau rakyat biasa malah engkau bukan lagi rkayat biasa hanya penumpang dibumi bertuah... kenapa si Jebat berkata-kata kerana lama hati dipendam...
Siapakah Jebat Siapakah Tuah?
Pernah menjadi rakyat jelata kepada bumi bertuah tetapi ingatlah Tuah engaku juga pernah menjadi rakyat biasa di bumi bertuah malah si Jebat dulu yang tahu engkau rakyat biasa.. ingat dulu engkau juga hina tapi diangkat oleh pamglima lain tanpa perasaan hasad... tanpa perasaan dengki... ingat Tuah bila engkau berada diatas menjadi panglima engkau jadikan diri mu berkuasa engkau dan panglima majapahit membuang negeri rakyat rajamu... kerana perasaan engkau yang tidak suka hingga maha raja ambil tahu.. maka raja dan tun perak juga yang kena menjawab.... kenapa sampai begitu sekali... sudah ku kata cukup tidak suka janga ditambah benci... kerana engaku lupa Tuah engkau pernah menjadi rakyat dulu engkau guna balairung diraja seperti engkau panglima malahan pada masa itu engkau masih bellajar ilmu pendekar tapi adakah panglima lain bising? tidak sama sekali... tapi bila engkau sudah berada di balairung raja maka engkau lupa diri engkau tengking rakyat jelata Tuah! ingatlah hukum karma... ingatlah pembalasan tuhan...
Siapakah Tuah Siapakah Jebat?
wajah lembut hati mati.. jangan sekali-kali engkau berani membuang rakyat biar mencadang dan raja bertitah jangan sekali-kali engkau mencadang engkau juga bertitah... ingatlah engkau hanya rakyat biasa malahan bukan lagi rakyat biasa tapi perantau... wahai Tuah kemabli pada asalmu... kembali pada usulmu... wahai Tuah... jadilah Tuah yang sederhana... jadilah Tuah rakyat biasa... janganlah dengki janganlah cemburu jika orang suruhanmu bermain sepak raga menonton wayang kulit.... janganlah rasa tergugat... ingatlah engkau juga pernah bermain sepak raga pernah berada di warung hingga kehening tapi tiada siapa yang cemburu... tiada yang melapor kelakuanmu.. jangan engkau bawa cerita rakyat biasa yang melapor pada raja... sungguh banyak rahsiamua yang masih terpendam sungguh banyak aibmu yang masih dsimpan...
Siapakah Tuah Siapakah Jebat?
wahai rakyat wahai pembesar jangan sekali-kali menafsir si Tuah seperti yang engkau kenali jangan menafsir si Jebat seperti yang engkau ketahui kerana ini hanyalah warkah yang tidak dinilai... kerana warkah ini hanya cebisan sampah melainkan manusia yang betul-betul tahu apa erti cebisan sampah apa erti warkah tidak bernilai... kerana ilmu ada padanya... wahai rakyat wahai pembesar jangan sekali-kali engkau katakan si Tuah adalah si polan si Jebat adalah si polan kerana ia hanya tulisan sebagai pengajaran untuk semua...
Siapakah Tuah Siapakah Jebat?
klik pada link untuk mengatahui siapakah Tuah siapakah Jebat? dengarkan kata-kata akhir sedutan filem si P. Ramleehttp://www.youtube.com/watch?v=1YyqhKj16cI
"SIAPAKAH BENAR? JEBATKAH BENAR ATAU AKUKAH BENAR?"
SALAM HIKMAH DALAM HIKMAH..MOGA KITA
MENDAPAT HIKMAH DAN RAHMAH ….AMIN.
-Sesungguhnya seorang hamba itu bila merasa
ujub kerana suatu perhiasan dunia, niscaya Allah
akan murka kepadanya hingga dia melepaskan
perhiasan itu.
akan murka kepadanya hingga dia melepaskan
perhiasan itu.
-Semoga aku menjadi pohon yang ditebang
kemudian digunakan.
-Dia berkata kepada para
sahabat,"Sesungguhnya aku telah mengatur
urusan kamu, tetapi aku bukanlah org yg paling
baik di kalangan kamu maka berilah pertolongan
kepadaku. Kalau aku bertindak lurus maka
ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng maka
betulkan aku!"
sahabat,"Sesungguhnya aku telah mengatur
urusan kamu, tetapi aku bukanlah org yg paling
baik di kalangan kamu maka berilah pertolongan
kepadaku. Kalau aku bertindak lurus maka
ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng maka
betulkan aku!"
SAYIDINA UMAR BIN KHATTAB :
-Jika tidak karena takut dihisab, sesungguhnya
aku akan perintahkan membawa seekor kambing,
kemudian dipanggang untuk kami di depan
pembakar roti.
aku akan perintahkan membawa seekor kambing,
kemudian dipanggang untuk kami di depan
pembakar roti.
-Barangsiapa takut kepada Allah SWT nescaya
tidak akan dapat dilihat kemarahannya. Dan
barangsiapa takut pada Allah, tidak sia-sia apa
yang dia kehendaki.
tidak akan dapat dilihat kemarahannya. Dan
barangsiapa takut pada Allah, tidak sia-sia apa
yang dia kehendaki.
-Wahai Tuhan, janganlah Engkau jadikan
kebinasaan umat Muhammad SAW di atas
tanganku. Wahai Tuhanku, umurku telah lanjut
dan kekuatanku telah lemah. Maka genggamkan
kebinasaan umat Muhammad SAW di atas
tanganku. Wahai Tuhanku, umurku telah lanjut
dan kekuatanku telah lemah. Maka genggamkan
(matikan) aku untukMu bukan untuk manusia.
SAYIDINA ALI KARAMALLAHU WAJHAH :
-Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau
sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku
bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu.
Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai,
maka berilah aku taufik
sebagaimana yang Engkau cintai.
sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku
bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu.
Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai,
maka berilah aku taufik
sebagaimana yang Engkau cintai.
-Hendaklah kamu lebih memperhatikan tentang
bagaimana amalan itu diterima daripada banyak
beramal, kerana sesungguhnya terlalu sedikit
amalan yang disertai takwa. Bagaimanakah
amalan itu hendak diterima?
bagaimana amalan itu diterima daripada banyak
beramal, kerana sesungguhnya terlalu sedikit
amalan yang disertai takwa. Bagaimanakah
amalan itu hendak diterima?
-Janganlah seseorang hamba itu mengharap
selain kepada Tuhannya dan janganlah dia takut
selain kepada dosanya.
selain kepada Tuhannya dan janganlah dia takut
selain kepada dosanya.
-Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada
ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak
difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau
ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak
difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau
tidak ada perhatian untuknya.
No comments:
Post a Comment