Sunday, March 30, 2014

MH370!! Camar Yang Pulang...

Seorang anak kecil berlari digarisan pantai, melihat camar putih pada kesekian kalinya, adakah engkau camar yang kucari? Penuh dengan harapan penuh dengan doa kerana harapan tidak sesirna mentari senja yang jauh dilautan luas...



Dikeheningan subuh ini kutitipkan doa lantas aku terkenang sebuah memori indah, senyuman suci penerobos jiwa seorang ayah kepada anak dan seorang isteri kepada suami mangaminkan solat yang mungkin terakhir kali...


Syurgawi mana yang akan menolakmu akan ku tebus dengan doa, jika ianya masih menghalang, tanyakan padaku wahai anak wahai ayah doa mana yang tidak dikabulkan kerna seluruh seisinya tidak putus mendoakan kalian, Dengan apa lagi yang perlu kutebus...



Wahai camar sekiranya engkau pergi terbang ke laut sunyi apakan dayaku, kutahu ianya sungguh pilu ku tahu engkau gugup, ianya bukan satu perhentian tapi satu kepastian penuh dengan duka penuh dengan tangisan, lihat lautnya sunyi lihat airnya tenang mungkin benar sepi itu indah...



Makhluk manakah yang mendustakan penciptanya? Camar tidak akan pergi tanpa qada dan tanpa qadarnya, kerana Allah lebih sayangkan kalian, bersyukurlah atas pemergianmu wahai camar kerna bukan hanya diriku mendoakanmu bukan hanya kawan sepermainan mendoakanmu tapi seluruh dunia mendoakan hingga malaikat mengangkatmu menunjuk arah pulang yang sebenarnya...

Jika seorang anak kecil mengharapkan kembalinya seorang ayah, jika seorang isteri mengharapkan kembalinya seorang suami dan jika seorang ibu mengharapkan seorang anak datangnya kembali, damba menunggu resah meruntun seluruh jiwa menangisi mencari yang sirna...



Aku pasti dan pasti akan ku alunkan zikir sebagai sedekah dan akan ku doakan hingga dikau menghidu haruman syurga wangian pencipta kerna ku tahu engkau bukan milik ku aku pasrah pergilah dengan tenang bertemu dengan pemilik sebenar...

Saturday, January 18, 2014

PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH SEJAUH MANA YANG KITA FAHAMI (Bahagian II)

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada kalian yang membaca entry penulis pada kali ini…. 



Sebelum kita meneruskan pemahaman dan pembacaan mengenai kalimah Allah pada bahagian II ini adalah lebih afdal dan tanpa prasangka walau pun sekelumit zarrah terhadap ayat yang diturunkan kepada Rasulullah SAW dan umatnya… “yang kepunyaanNya lah kerajaan langit dan bumi, dan Dia tidak mempunyai anak, dan tiada sekutu bagiNya dalam kekuasaanNya, dan Dia telah menciptakan segala sesuatu, dan Dia menetapkan ukuran-ukurannya dengan serapi-rapinya” (QS. alFurqan 25:2).      Ayat tersebut JELAS, TEPAT dan TANPA KOMPROMI tentang apa yang dijelaskan. Justeru apa-apa yang dinisbahkan pada Allah sama ada melahirkan dan dilahirkan WAJIB DITOLAK!!!!


 



Sekarang mari kita teliti secara terperinci mengenai kalimah Allah dalam AlKitab yang dibawa dari Indonesia Ke Malaysia oleh Pihak Barat. Pada peringkat permulaan penterjemahan Bible adalah sewaktu kedatangan Portugis ke kawasan Nusantara pada tahun 1512 yang kemudiannya diikuti oleh pihak Belanda pada tahun 1596. Misi meluaskan empayar dalam mengaut khazanah di nusantara turut membawa mubaligh yang turut mempunyai misi meluaskan fahaman Kristian meskipun kawasan Nusantara lebih dulu menerima Islam yang dibawa oleh pedagang Arab satu ketika dulu. Penyebaran agama ini berterusan apabila VOC (Vereenigde Oost-Indische Compagnie, United East India Company) memasuki Indonesia pada tahun 1602 sebagai kuasa perdagangan dan untuk menguasai pentadbiran di Indonesia pada tahun 1800. 



Berdasarkan kepada penjajahan Barat, fahaman Kristian memainkan peranan penting dalam menyebarkan dan mempengaruhi masyarakat setempat bagi memudahkan proses dakwah Kristian dan juga mengambil alih sistem pentadbiran negara Indonesia (keadaan seperti ini biasa berlaku pada penyebaran setiap agama termasuklah agama Islam itu sendiri). Maka pada tahun 1629 dimulakan penterjemahan Bible ke Bahasa Indonesia oleh Albert Cornelius Ruyl yang merupakan individu yang bertanggungjawab dalam penterjemahan Bible ke bahasa Melayu. Penterjemahan Bible dilakukan dari bahasa Yunani ke Bahasa belanda dan seterusnya ke bahasa Indonesia yang di panggil sebagai ALKITAB.


 



Beberapa contoh Bible gospel Matthews diterjemahkan seperti perkataan Theos menjadi Allah (Mat 4:4), Iseous diterjemahkan kepada Yesus (Mat 1:1), Christos diterjemahkan ke Christus (Mat 16:16). Proses penterjemahan bukan sahaja terhenti pada setakat ini kerana selepas itu Melchior Lejdecker dan H.G. Klinkert pada tahun 1879 turut menterjemah dan mengubah pada maksud yang sama melainkan Christos diterjemahkan ke Al-Masih. Bagaimana pula penterjemahan ke bahasa Melayu. Pada peringkat permulaan terjemahan yang dilakukan oleh Ruyl ialah menggunakan tulisan JAWI kerana pada ketika itu ianya merupakan tulisan yang banyak digunapakai dan difahami oleh masyarakat Islam… LIHAT BAGAIMANA MEREKA CUBA MENERAPKAN PENGGUNAAN TULISAN TEMPATAN AGAR MUDAH DITERIMA KEMUDIAN MENGGUNAKAN TULISAN JAWI YANG SINONIM DENGAN BUDAYA ISLAM (hanya di Tanah Melayu pada ketika itu). 



Penggunaan tulisan jawi oleh Ruyl tidak kekal lama dan mula menggunakan Roman skrip atau tulisan ROMAN. Manakala pada tahun 1662 keseluruhan kitab Perjanjian Lama (New Testament) telah diterjemah oleh Rev. Daniel Brower yang mana cetakan ini telah dibiayai oleh Dutch EIC. Pada tahun 1691 pula keseluruhan Bible telah mula diterjemah atas arahan oleh Gereja di Batavia (sekarang di kenali dengan Jakarta) juga turut ditaja oleh Dutch EIC. Pada tahun 1701 apabila Leidekker meninggal dunia penterjemahan yang dijalankan hanya siap hampir 90% dan kali ini diteruskan pula oleh Rev. Peter van der Vorm TETAPI pada tahun 1727 terjemahan oleh Leidekker telah mula DIPERIKSA dan DIPERBETULKAN (persoalannya kenapa perlu diperiksan dan diperbetulkan) dan ianya turut ditolak oleh Dutch EIC apabila Van de Vorm menggunakan perkataan Moluccas. Justeru pada tahun 1733 cetakan di Netherlands melalui terjemahan Leidekker diterjemah menggunakan skrip roman (roman script), manakala cetakan di Batavia pada tahun 1758 menggunakan tulisan jawi (tulisan jawi tidak kekal dalam penterjemahan). 


Teks ini seterusnya menjadi terjemahan standard hingga tahun 1916 di Indonesia dan sehingga tahun 1853 di Tanah Melayu (Malaysia). Ada DUA perkara UTAMA terjemahan oleh Leidekker yang LEMAH yang tidak diterima oleh EIC iaitu (1) BANYAK MEMINJAM dari perkataan ARAB dan PERSIAN yang mana sukar untuk difahami oleh penduduk Nusantara melainkan masyarakat yang beragama Islam. (2) TERJEMAHAN banyak kesilapan dan kelemahan dari segi TATABAHASA dan banyak KIASAN (Idioms). Penolakan oleh EIC ini menunjukkan bahawa TERJEMAHAN DARI BIBLE KE ALKITAB ITU SENDIRI BANYAK KELEMAHAN DAN KESILAPAN.


 


Namun, kesilapan ini kemudiannya diperbetulkan (New Testament) dan dicetak di Serampore (berdekatan dengan Bandar Calcutta) oleh pihak British and Foreign Bible Society (BFBS). Justeru misionari British pertama yang memperbetulkan terjemahan Leidekker ialah seorang Paderi Anglican Robert Hutchings yang juga menubuhkan Penang Free School. Manakala pada tahun 1821 cetakan alkitab Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru di improvisasi pula oleh Claudius Thomsen dari London Missionary Society (LMS). Thomson dihantar oleh LMS hanya untuk bekerja dengan masyarakat Melayu bagi memperbetulkan sekali lagi terjemahan Leidekker dari tahun 1818-1832. Melalui pemahaman serba sedikit dalam bahasa Melayu beliau, Thomson kemudiannya banyak meminta bantuan dari rakan dan guru bahasanya sendiri iaitu Munshi Abdullah bin Abdul Kadir. Namun hubungan di antara keduanya tidak berjalan lancar dan baik disebabkan beberapa perkara seperti PAKSAAN dalam penggunaan perkataan, kiasan dan ejaan jawi yang bukan bahasa Melayu sebenar. Thomsen akhirnya pulang ke tanah air England sebelum dapat menghabiskan lapan bab (chapter) Mark yang BERPUNCA DARI MASALAH DALAM MEMBANGUNKAN PENGGUNAAN AYAT YANG BETUL DAN TEPAT DALAM BAHASA MELAYU. 



Dalam Penterjemahan versi Thomsen dalam bible terkandung beberapa masalah frasa seperti ‘Kerajaan Syurga’ (Kingdom of heaven); Mulut Allah (Word of God), Anak Allah (Son of God) dan Bapa-mu yang ada di Syurga (My Father, who art in Heaven) yang DITOLAK OLEH MUNSHI ABDULLAH SEBAGAI TIDAK BETUL DAN TIDAK TEPAT PENGGUNAANNYA. PERHATIKAN PAKAR BAHASA SEPERTI MUNSHI ABDULLAH TURUT MENOLAK TERJEMAHAN DALAM ALKITAB PADA MASA DULU TETAPI YANG HAIRANNYA PADA MASA SEKARAN TERDAPAT SEGOLONGAN INDIVIDU DAN BADAN YANG MENYOKONG PENGISTILAHAN TERJEMAHAN TERSEBUT.


 


Sehubungan itu, Lembaga AlKitab di Indonesia pada tahun 1954 membuat suatu ketetapan bahawa perkataan Allah diterima pakai atas alasan (1) sudah lama digunakan dan diterima umum sejak penjajahan Belanda lagi. (2) kerana penggunaan bahasa Portugis menggantikan kalimah JEHOVA diterjemahkan kepada TUHAN yang pada asalnya perkataan JEHOVA itu berasal dari perkataan YHWH (lihat dalam ALKITAB TERDAPAT perkataan ejaan T.U.H.A.N dalam huruf besar sempena perkataan YHWH) namun perkataan YHWH itu MEMANG SUKAR dibaca kerana tanpa huruf vocal (a,e,i,o,u) yang dikenali sebagai TETRAGRAMMATON atau dalam bahasa inggerisnya ‘unpronounceable’. Maka Lembaga Alkitab Indonesia MEMUTUSKAN penggunaannya kepada KALIMAH ALLAH! 

YHWH >------> JEHOVAH >----->T.U.H.A.N >------>ALLAH 


Persoalannya KENAPA tidak terus menggunakan perkataan Theos, YHWH, Jehovah yang memang asalnya dari Bible yang diterjemah? Kenapa banyak penterjemahan yang berbeza-beza contohnya dapat dilihat seperti di Selatan India Jesus ditakrifkan sebagai ‘Son of Ishvara’untuk ‘memurnikan’ lagi fahaman Kristian agar diterima oleh masyarakat di Selatan India. 



Nah! Secara keseluruhannya anda dapat perhatikan penolakan kitab Bible yang bukan sahaja di tolak penggunaan bahasanya oleh Munshi Abdullah (pakar bahasa) tetapi juga oleh badan misionari itu sendiri. Malahan selepas penolakan oleh LMS, BFBS dan Dutch EIC banyak wakil-wakil Missionari dihantar untuk memperbaiki bahasa dalam terjemahan Alkitab termasuklah individu seperti Bishop Hose, W.H. Gomes dan W.S. Shellabear hinggalah penterjemahan dilakukan di Riau, Melaka hingga ke kerajaan Johor dalam memperbetulkan AlKitab agar mudah diterima oleh masyarakat Islam. Malahan Lembaga Alkitab itu sendiri memutuskan penggunaan KALIMAH ALLAH atas dua alasan yang tidak kukuh seperti yang diterangkan tadi (yang sebenarnya berasal dari perkataan YHWH malahan terdapat juga asal usul dari penggunaan eli, eloi, elohim). Justeru, terlalu banyak rentetan daripada pembangunan alkitab itu sendiri yang menghadapi masalah dalam penterjemahan di Malaysia dan Insyaallah penulis akan usahakan kerana kekangan masa yang dihadapi. 


Oleh itu, dapat kita perhatikan bahawa penggunaan kalimah Allah itu bukannya satu perkataan yang sejak dari azalinya berada di Malaysia secara terjemahan berdasarkan pada tahun 325M semasa sidang Niceae berlangsung. Tetapi atas alasan memudahkan pemahaman dan menyebarkan agama Kristian di Nusantara. Justeru keadaan ini membimbangkan sekiranya ia boleh berlaku semasa penjajahan Belanda di Indonesia malah tidak mustahil ia akan berlaku di Malaysia pada masa sekarang khususnya dalam mengintai 'PENAKLUKAN PENTADBIRAN NEGARA' seperti yang dilakukan oleh penjajah Belanda yang pernah memerintah Indonesia. Terutamanya dalam sistem organisasi ini yang teratur, satu hati dan sistematik serta tidak BERPUAK-PUAK DENGAN IDEOLOGI POLITIK MASING-MASING. APA YANG CUBA DITEKANKAN DISINI PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH ITU TIDAK BOLEH DIGUNA SESUKA HATI DENGAN MENISBAHKAN ALLAH SEBAGAI MELAHIRKAN DAN DILAHIRKAN!!!


 


Maka sesuatu perkara dan situasi isu perlu diselidiki dan dikaji terlebih dahulu bukan bila berstatus cerdik pandai, politiking, ustaz, cendekiawan, orang biasa maka boleh mengeluarkan pendapat sesuka hati. Kita bukannya apa risau apabila budaya dan fahaman mula diterima di sesebuah tempat maka tidak hairanlah ia akan bercampuraduk dan generasi seterusnya tidak lagi ambil peduli. Apa yang dimaksudkan oleh penulis di sini ialah ruang kebebasan yang terlalu terbuka, sekiranya ruang kebebasan dan ruang mengiyakan menjadi terlalu mudah atas alasan sosio politik atau geografi yang sudah lama menerimanya maka kita hanya menunggu masa kehancurannya. 



Contoh mudah apabila sesebuah perkahwinan campur tidak lagi menjadi isu seperti di Indonesia dan India yang boleh diamalkan seperti aktor Shah Rukh Khan yang terus dengan agamanya (Islam) dan isterinya Ghauri (beragama Hindu) juga dengan agamaya.. Kesannya memang boleh kita jangka terhadap pembangunan masyarakat Islam di Malaysia.



Kesimpulannya di sini tanyakan HATI kalian janganlah kerana untuk menjaga hati-hati manusia yang kita kenali maka kalian menyimpan apa yang sebenar-benarnya iaitu yang HAQ maka saya akhiri penulisan pada kali ini dengan memohon kepada saudara tenung, fikirkan sedalam-dalamnya, hayati dan pejamlah mata sekiranya Rasulullah bersama anda adakah anda akan membiarkan Rasulullah berjuang dengan sendiri kerana untuk menjaga hati sahabat kalian?… katakanlah yang benar tetapi dengan cara berhemah kerana SAHABAT KALIAN WAJAR DIHORMATI dan DISAYANGI. Sepotong ayat daripada surah alBaqarah ayat 42 untuk kita ambil ikhtibar tentang kebenaran..


“Dan janganlah kamu campur adukkan yang haq dengan yang bathil dan janganlah kamu sembunyikan yang haq itu, sedang kamu mengetahui”(AlBaqarah:42).




Apa yang boleh penulis katakan walaupun berada di sebuah negeri yang berbilang kaum tapi tidak semestinya kita tidak menghormati rakan taulan khususnya seperti di Sabah ini…. Pesanan saya hormatilah rakan sahabat handai kalian dengan sebaik-baiknya dan berikanlah senyuman tanda kalian menghargai mereka… nyatakan yang benar secara baik dan bersopan jangan sesekali mengeraskan suara kalian walaupun kalian berada dijalan benar… ingatlah dakwah Rasulullah SAW adalah melalui AKHLAK! Yang tiada bandingannya... Waallahualam…

Saturday, January 11, 2014

PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH SEJAUH MANA YANG KITA FAHAMI (Bahagian 1)

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA PADA KALIAN...


Nampaknya agak terlalu lama saya meninggalkan blog yang tidak pernah di isi dengan entry terbaru.... maka pada kali ini entry yang dibawakan agak berat kerana penulisan ini mengambil masa yang agak panjang untuk ditelaah dan dikaji dan diterjemahkan kepada blog... Memang agak sukar untuk membincangkan isu yang sekali lagi diperhangatkan oleh pelbagai pihak tetapi adalah tidak salah untuk saya berkongsi setakat apa yang saya baca dan kaji serba sedikit... Sebelum anda membaca entry ini saya mengharap agar tidak ada pihak yang menuding jari, mencemuh atau merendah-rendahkan pengetahuan yang sangat kurang ini. Ingatkah kita kisah tentang seorang nasrani yang bertanyakan sekiranya terdapat cara membuat roti di dalam Al-Quran. Maka individu nasrani tersebut dibawa kepada pembuat roti dan rasa terkejutnya kerana nasrani ini ditunjukkan bagaimana cara seorang pembuat roti melakukannya sedangkan yang minta adalah ayat manakah dalam AlQuran yang mengajar cara membuat roti. Maka dijelaskan bahawa di dalam alquran “Sungguh Allah ‘Azza wa Jalla telah berfirman (yang artinya), “Maka bertanyalah kepada orang yang berilmu jika kamu tidak mengetahui.” (QS. Al-Anbiya: 12. 



Justeru tidak semua individu mengetahui lanjut apa yang terkandung dalam Bible maka adalah baik kita berkongsi apa yang sebenarnya terdapat dalam bible itu khususnya mengenai Kalimah Allah...


Perkara pokok yang perlu difahami oleh semua umat islam mengenai Allah bila dikaitkan dengan isu kalimah Allah adalah wajar merujuk pada Surah Al-Ikhlas iaitu “dia tidak melahirkan dan tidak pula dilahirkan”. Sehubungan itu, kepada sesiapa yang mengatakan bahawa Allah itu melahirkan dan dilahirkan ia wajar diperbetulkan untuk mengelakkan KEKELIRUAN bagi umat Islam. Perkongsian ISTILAH yang SAMA tetapi sebenarnya memberi MAKSUD berbeza! 





Sekiranya dikatakan nabi Muhammad SAW adalah salah seorang rasul dan anak kepada Musa maka apa tindakan anda? Wajib diperbetulkan dan diperjelaskan kerana kenyataan ini adalah SALAH. Yang BENARnya bahawa Muhammad SAW adalah anak Abdullah. Begitu juga halnya jika dikatakan ALLAH mempunyai ANAK iaitu ISA AS. Maka apa tindakan anda? 




Konsep ketuhanan Allah tidak boleh disamakan dengan segala makhluk sama ada manusia, malaikat, jin atau apa-apa yang bukan dinisbahkan kepada Allah itu sendiri. Dalam konsep Allah bagi yang beragama kristian ianya terbahagi kepada tiga oknum(zat) atau doktrin iaitu zat Allah pada konsep TRINITY seperti TUHAN BAPA, TUHAN ANAK, dan ROH KUDUS. Siapa tuhan bapa? ALLAH. Siapa tuhan anak? JESUS. Siapa roh kudus? Ia dipanggil sebagai MALAIKAT – GABRIEL (dalam Islam disebut Jibril) dan terdapat sesetengah kefahaman dijelaskan sebagai kuasa ajaib atau petunjuk Allah. Malahan terdapat sebahagian fahaman Kristian yang menjelaskan roh kudus sebagai-HOLY SPIRIT atau HOLY GHOST (timbul persoalan kenapa menggunakan perkataan GHOST? - inilah sedihnya bila menjadi penganut agama ini yang tidak boleh mempersoalkan tetapi mengikut sahaja). Maka timbul persoalan sekiranya penggunaan kalimah Allah diguna sesuka hati dengan menisbahkan doktrin tadi, bagaimana dengan generasi Islam akan datang? Nanti ada yang menjelaskan Allah dalam Islam dan Allah dalam Kristian adalah sama SEDANGKAN ianya BERBEZA berdasarkan KONSEP ZAT/OKNUM atau DOKTRIN tadi. Sekarang bagaimana bolehkah anda memahami dan mengikuti perbincangan ini? 



Mari kita teruskan dan kupas satu persatu berkaitan isu kalimah Allah. KENAPA perlu MENGGUNAKAN kalimah ALLAH? Perlu difahami tidak semua kitab Bible menggunakan kalimah ALLAH, sama ada The King James Version, New Revised Standard Version, Evangelical Version, New International Version dan lain-lain, penggunaan kalimah Allah hanya di Malaysia dan Indonesia (kitab Bible itu sendiri di panggil ALKITAB bila di NUSANTARA sempena bahasa Indonesia) tanyakan penganut Kristian selain di Nusantara kalau mereka tahu apa itu ALKITAB? Sekiranya anda pergi ke gereja selain nusantara seperti Eropah, Afrika, China dan lain-lain mintakan pada mereka Bible dengan menyebut ALKITAB? Sudah tentu mereka tidak memahami apa itu ALKITAB. Kali ini cuba tanyakan seluruh penganut Islam di mana sahaja atau minta orang yang berada di Masjid di seluruh dunia yang anda lawati sama ada China, Russia, Nigeria, atau dimana-mana sebut ALQURAN sudah tentu mereka tahu apa itu ALQURAN kerana panggilan kata nama khas yang tidak berbeza. Berbalik kepada persoalan tadi sekiranya terdapat penggunaan Allah dalam bible ia juga merangkumi kalimah Eli, eloi, Elohim, Theos dan lain-lain (nanti kita bincangkan pada bahagian kedua nanti).



Persoalan saya KENAPA penganut Kristian di Malaysia (beberapa fahaman) MEMPERTAHANKAN kalimah ALLAH? Mari kita fikirkan dan bandingkan dua kenyataan ini. Dalam BIBLE itu SENDIRI terdapat LARANGAN untuk penganut Kristian MEMAKAN daging KHINZIR kenapa perkara atau larangan tersebut tidak dipertahankan? ISAIAH 65:2-5 (boleh semak dalam Bible atau google) lihat pada verse 4 iaitu SWINE FLESH (ingat virus swine flu masa lalu yang melanda Malaysia – SWINE-Khinzir). 




Kemudian lihat pula dalam alkitab terbitan tahun 1968 IMAMAT 11:7 “demikian juga babi karena memang berkuku belah, yaitu kukunya bersela panjang tetapi tidak memamah biak; HARAM itu bagimu” tapi lihat dalam IMAMAT 11:7 terbitan 1979 “demikian juga babi hutan, karena memang berkukuh belah, yaitu kukunya bersela panjang tetapi tidak memamah biak, itu haram bagimu”. Lihat pada kedua-dua ayat terdapatnya perubahan perkataan BABI dan BABI HUTAN (kenapa perkataan dalam bible boleh diubah-ubah adakah ia bagi menghalalkan babi yang diternak dan mengharamkan babi hutan/liar. 



Pada konsepnya ia tetap sama iaitu BABI tetapi untuk mengiyakan pada penganut kristian tentang babi boleh dimakan maka berlaku penambahan HUTAN. Lihat pula dalam ULANGAN 14:8 turut jua turut mengharamkan KHINZIR. kenyataan tadi bukan dibuat oleh penulis secara suka-suka atau terdapat pada AlQuran tetapi ianya terdapat dalam bible itu sendiri (makanya kalau ia mengatakan dia seorang Kristian tanyakan adakah dia seorang Kristian yang baik, sekiranya jawapannya YA, tanyakan pula jika dia memakan khinzir kalau jawapannya YA, itu bermaksud dia bukan seorang Kristian yang baik kerana tidak memahami apa yang terdapat dalam ayat-ayat yang diperjelaskan tadi). 



Maka sekarang mari kita fikirkan apakah MOTIFnya kalimah Allah yang HANYA di guna dalam bahasa Indonesia dan Malaysia DIPERTAHANKAN (tidak semua bible menggunakan kalimah Allah) berbanding dengan PERINTAH LARANGAN memakan khinzir yang terdapat pada Bible tetapi tidak pula dipertahankan dan TIDAK DITERANGKAN kepada penganutnya? 



Allah itu tidak dilahirkan dan tidak melahirkan AMAT JELAS, sedangkan pada yang beragama Kristian ianya berbeza iaitu Jesus diangkat sebagai tuhan dan anak tuhan. Maka saya bawa kalian dengan menggunakan hukum akal logik kita. Seekor HARIMAU masa ia lahir ianya DIKENALI seekor HARIMAU betul bukan? dan sekiranya harimau tersebut hidup 5 tahun, 7 tahun, 15 tahun, 30 tahun dan seterusnya ianya TETAP seekor harimau. Jadi bagaimana seorang yang lahirnya sebagai seorang MANUSIA dan selepas kematian serta selepas 300 tahun diangkat menjadi tuhan? Maka logiknya di sini sekiranya ia dilahirkan sebagai manusia maka ia tetap menjadi MANUSIA. Begitu juga dengan diri kita, kita lahir sebagai manusia maka sehinggalah kita mati juga masih dianggap sebagai manusia. Bak kata orang Indonesia “mana bisa manusia jadi tuhan sedangkan lahirnya juga manusia". Bukankah Allah yang menciptakan alam ini pokok, haiwan, langit, bintang, tanah, batu dll… jadinya kalau Jesus itu tuhan apakah Jesus boleh mencipta pokok, haiwan, air, tanah dan lain-lain tadi kerana semua itu sudah sedia ada sebelum Jesus lahir. Maka ada yang menciptakan segala yang ada didunia ini sebelum lahirnya ISA sebelum lahirnya MUSA sebelum Lahirnya Nabi Muhammad SAW, betul bukan? Sudah tentunya Allah yang mencipta yang satu-satunya layak disembah sebagai tuhan. Kalau Jesus itu tuhan maka Jesus sudah pasti boleh dan mampu mencipta bulan, tanah, pokok, binatang. FIKIRKAN SEDALAM-DALAMNYA DAN LOGIKINYA.. BUKA MINDA LAPANGKAN DADA… JESUS TIDAK LAYAK DIGELAR ATAU DIISTILAHKAN SEBAGAI TUHAN. Jelasnya kalimah Allah hanya layak digunakan dalam pengistilahan agama Islam seperti yang terkandung dalam surah Al-Ikhlas.



Memang tidak dinafikan terdapat para cendekiawan mengatakan bahawa penggunaan kalimah Allah oleh pihak KRISTIAN dan YAHUDI sudah digunakan sebelum Nabi Muhammad. So bagaimana? Jawapannya: YA memang penggunaan kalimah Allah sudah digunakan oleh Yahudi dan NASRANI TETAPI (saya sebut agama nasrani kerana agama Kristian itu bukan agama nabi ISA, ISA tidak menyebut agamanya kristian dan dalam Al-Quran sendiri tidak ada disebut agama Kristian tetapi disebut sebagai agama langit iaitu agama Nasrani. Agama Kristian wujud selepas 325 tahun semasa pemerintahan Rom) terdapat segelintir para cendekiawan sama ada pendakwah, para ustaz, ahli akademik atau pun orang biasa, ahli politik TIDAK MENGKAJI ajaran KRISTIAN dan penyelewangan-penyelewangan yang dilakukan dalam bible itu sendiri. 




Mari kita lihat susurgalur sejarah Kristian itu sendiri. Pada tahun 325M diadakan Council of Niceae di Rom dengan mengumpulkan 300 bishop (terdapat sesetengah pendapat seperti Ambrose of Milan dan Hillary of Poitier menyatkan seramai 318 bishop berkumpul dan jumlah 318 adalah simbolik mewaikili Servant of Abraham lihat Genesis 14:14. Perjumpaan ini adalah untuk mengiktiraf bahawa Kristian adalah sebagai agama Jesus dan Jesus diangkat sebagai Tuhan/Tuhan Anak. Kenapa selepas 300 tahun barulah disepakati Kristian dijadikan agama? Kenapa tidak semasa kehidupan ISA atau sebelum Jesus di salib? Adakah Jesus mengatakan bahawa AGAMAKU Kristian? Adakah Jesus mengatakan sembahlah aku kerana aku adalah tuhanmu? Sekiranya ada dalam Bible buktikan. Semua jawapannya TIDAK disebabkan agama Kristian tidak diiktiraf sehinggalah selepas 300 tahun penyaliban Jesus iaitu semasa KETIADAANNYA. 



Para individu yang menyatakan bahawa kalimah Allah sudah digunakan oleh pihak kristian sejak lama dahulu maka perlu memahami yang menggunakan kalimah Allah sejak dulu lagi ialah agama Nasrani bukan Kristian. Seperkara lagi ialah semasa zaman nabi Muhammad SAW belum disepakati agama Kristian dan dogma/doktrin Trinity. 




Cuba lihat pada susur galur pada abad ke empat terdapat BEBERAPA KALI perjumpaan ‘council’ diadakan untuk menjelaskan status Jesus dianggap sebagai tuhan. Pada COUNCIL OF NICEAE-325M mengatakan bahawa “JESUS CHRIST IS GOD”, manakala COUNCIL OF CONSTANTINOPLE-381M mengatakan bahawa “THE HOLY SPIRIT IS GOD”. Pada COUNCIL OF EPHESUS-431M mengatakan bahawa “HUMAN BEINGS ARE TOTALLY DEPRAVED” dan COUNCIL OF CHALCEDON 451M mengatakan bahawa “JESUS CHRIST IS BOTH MAN AND GOD”. Malahan Council of Niceae turut diadakan beberapa kali yang tidak mendapat persetujuan besar tentang Jesus sebagai tuhan.


JADI SEKARANG bagaimana Rasulullah SAW sendiri bersetuju penggunan kalimah Allah yang dikonsepkan dalam doktrin Trinity sedangkan pihak gereja itu sendiri pada masa tersebut juga masih TERCARI-CARI tentang konsep ketuhanan. Justeru Allah itu memang digunakan sejak zaman nabi ADAM hinggalah zaman umat RASULULLAH SAW tetapi perlu diingat kalimah Allah itu tidak boleh dinisbahkan pada doktrin tadi. APA YANG MENJADI ISUNYA APABILA KALIMAH ALLAH DI MALAYSIA DI ISTILAHKAN OLEH PIHAK KRISTIAN ADALAH TUHAN BAPA, TUHAN ANAK dan ROH KUDUS. 




Jika diteliti sekalipun terdapat beberapa fahaman Kristian yang tidak mengiktiraf Jesus sebagai Tuhan dan mengangkat doktrin Trintity itu sendiri. Pada mulanya tidak terdapat Bible yang menjelaskan tentang doktrin ini sehinggalah pada abad ke empat seperti yang dijelaskan tadi. Menurut New Bible Dictionary 1982 “the word trinity is not found in the Bible…” “…it is not a biblical doctrine in the sense that any formation of it can be found in the Bible…” “…scripture does not give us a formulated doctrine of the trinity…” Manakala menurut The Harper Collins Encyclopedia of Catholicsm 1995 bahawa; “…scholars generally agree that there is no doctrine of the trinity as such in either the Old Testament or the New Testament.” Maka ditimbulkan persoalan “if the trinity is the cornerstone of Christianity then why is it not mentioned in the Bible?”. 



Hal ini diperjelaskan di dalam The Encyclopedia Americana 1956 “Christianity derived from Judaism and Judaism was strictly Unitarian (believing in one God), nah lihat Judas itu sendiri percaya dengan satu tuhan sahaja. Manakala di dalam The New Catholic Encyclopedia 1967 “The formulation ‘one god in three persons’ was not solidly established, certainly not fully assimilated into Christian life and its profession of faith, prior to the end of the 4th century”. Rujuk pula Dictionary of The Bible 1995 John L.McKenzie “The trinity of God is defined by the church as the belief that in God are three persons who subsist in one nature. The belief as so definedwas reached only in the 4th century and 5th centuries AD and hence is not explicitly and formally a biblical belief.” Maknanya pada sekitar abad ke 4 dan abad ke 5 penggunaan oknum/doktrin trinity MASIH KABUR/ITDAK JELAS dan TIDAK DISEPAKATI. 




Ini menerangkan bahawa pada zaman Rasulullah penganut Kristian belum menerima doktrin tersebut sepenuhnya. Jelasnya bahawa pada abad tersebut wujud AJARAN yang DIPERBAHARUI dalam agama Nasrani yang cuba dibawa dan disebarkan kepada penganut Nasrani. Justeru kepada individu yang mengatakan bahawa ZAMAN RASULULLAH SAW ITU SENDIRI TIDAK MENGHALANG PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH adalah MENGELIRUKAN, bagaimana nabi Muhammad MENGHALANG sedangkan ajaran Nasrani itu sendiri tidak mempercayai Kalimah Allah adalah tuhan bapa, tuhan anak dan roh kudus. Maka kenapa Nabi Muhammad perlu sibuk menghalang penggunaan kalimah Allah (dinisbahkan doktrin trinity) sedangkan pihak gereja itu sendiri tercari-cari dan masih mencari titik pertemuan tentang Jesus sebagai tuhan (lihat sendiri dalam hadis atau di dalam Al-Quran sekiranya ada menyebut perkataan KRISTIAN). 




Masyarakat di luar sana perlu faham larangan penggunaan kalimah Allah hanyalah jika Allah itu dirujuk atau dinisbahkan seperti dalam doktrin Trinity. KESIMPULAN pada entry kali ini ialah KITA RISAU KEKELIRUAN yang akan melanda umat Islam pada masa akan datang.. selagi mana kita boleh elakkan kita cuba untuk elakkan agar anak-anak dan cucu-cucu kita tidak terkejut dengan perkongsian Kalimah Allah tetapi memberi penisbahan yang berbeza... DAN PALING PENTING PARA ULAMA MESTI MENENTUKAN TENTANG AKIDAH UMAT ISLAM SEKIRANYA MENGGUNAKAN, MERELAKAN, MENYEBUT DAN MENGAKUI ALLAH ADALAH seperti dalam DOKTRIN TRINITY... Waallahualambisawab...Bersambung Insyaallah akan dikupas tentang sejarah Kalimah Allah….

PESANAN SAYA: TIDAK SATU AGAMA PUN DI DUNIA INI YANG SUKA DENGAN KEBENCIAN DAN PEPERANGAN. MAKA BEGITU JUGA KEADAANYA DI SABAH DAN SARAWAK YANG SEMUANYA HARMONI DAN BERTOLERANSI. ENTRY HANYALAH PERBINCANGAN SECARA PRA ILMIAH. KEKALKAN KEHARMONIAN DI SABAH DAN SARAWAK!