Saturday, January 11, 2014

PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH SEJAUH MANA YANG KITA FAHAMI (Bahagian 1)

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA PADA KALIAN...


Nampaknya agak terlalu lama saya meninggalkan blog yang tidak pernah di isi dengan entry terbaru.... maka pada kali ini entry yang dibawakan agak berat kerana penulisan ini mengambil masa yang agak panjang untuk ditelaah dan dikaji dan diterjemahkan kepada blog... Memang agak sukar untuk membincangkan isu yang sekali lagi diperhangatkan oleh pelbagai pihak tetapi adalah tidak salah untuk saya berkongsi setakat apa yang saya baca dan kaji serba sedikit... Sebelum anda membaca entry ini saya mengharap agar tidak ada pihak yang menuding jari, mencemuh atau merendah-rendahkan pengetahuan yang sangat kurang ini. Ingatkah kita kisah tentang seorang nasrani yang bertanyakan sekiranya terdapat cara membuat roti di dalam Al-Quran. Maka individu nasrani tersebut dibawa kepada pembuat roti dan rasa terkejutnya kerana nasrani ini ditunjukkan bagaimana cara seorang pembuat roti melakukannya sedangkan yang minta adalah ayat manakah dalam AlQuran yang mengajar cara membuat roti. Maka dijelaskan bahawa di dalam alquran “Sungguh Allah ‘Azza wa Jalla telah berfirman (yang artinya), “Maka bertanyalah kepada orang yang berilmu jika kamu tidak mengetahui.” (QS. Al-Anbiya: 12. 



Justeru tidak semua individu mengetahui lanjut apa yang terkandung dalam Bible maka adalah baik kita berkongsi apa yang sebenarnya terdapat dalam bible itu khususnya mengenai Kalimah Allah...


Perkara pokok yang perlu difahami oleh semua umat islam mengenai Allah bila dikaitkan dengan isu kalimah Allah adalah wajar merujuk pada Surah Al-Ikhlas iaitu “dia tidak melahirkan dan tidak pula dilahirkan”. Sehubungan itu, kepada sesiapa yang mengatakan bahawa Allah itu melahirkan dan dilahirkan ia wajar diperbetulkan untuk mengelakkan KEKELIRUAN bagi umat Islam. Perkongsian ISTILAH yang SAMA tetapi sebenarnya memberi MAKSUD berbeza! 





Sekiranya dikatakan nabi Muhammad SAW adalah salah seorang rasul dan anak kepada Musa maka apa tindakan anda? Wajib diperbetulkan dan diperjelaskan kerana kenyataan ini adalah SALAH. Yang BENARnya bahawa Muhammad SAW adalah anak Abdullah. Begitu juga halnya jika dikatakan ALLAH mempunyai ANAK iaitu ISA AS. Maka apa tindakan anda? 




Konsep ketuhanan Allah tidak boleh disamakan dengan segala makhluk sama ada manusia, malaikat, jin atau apa-apa yang bukan dinisbahkan kepada Allah itu sendiri. Dalam konsep Allah bagi yang beragama kristian ianya terbahagi kepada tiga oknum(zat) atau doktrin iaitu zat Allah pada konsep TRINITY seperti TUHAN BAPA, TUHAN ANAK, dan ROH KUDUS. Siapa tuhan bapa? ALLAH. Siapa tuhan anak? JESUS. Siapa roh kudus? Ia dipanggil sebagai MALAIKAT – GABRIEL (dalam Islam disebut Jibril) dan terdapat sesetengah kefahaman dijelaskan sebagai kuasa ajaib atau petunjuk Allah. Malahan terdapat sebahagian fahaman Kristian yang menjelaskan roh kudus sebagai-HOLY SPIRIT atau HOLY GHOST (timbul persoalan kenapa menggunakan perkataan GHOST? - inilah sedihnya bila menjadi penganut agama ini yang tidak boleh mempersoalkan tetapi mengikut sahaja). Maka timbul persoalan sekiranya penggunaan kalimah Allah diguna sesuka hati dengan menisbahkan doktrin tadi, bagaimana dengan generasi Islam akan datang? Nanti ada yang menjelaskan Allah dalam Islam dan Allah dalam Kristian adalah sama SEDANGKAN ianya BERBEZA berdasarkan KONSEP ZAT/OKNUM atau DOKTRIN tadi. Sekarang bagaimana bolehkah anda memahami dan mengikuti perbincangan ini? 



Mari kita teruskan dan kupas satu persatu berkaitan isu kalimah Allah. KENAPA perlu MENGGUNAKAN kalimah ALLAH? Perlu difahami tidak semua kitab Bible menggunakan kalimah ALLAH, sama ada The King James Version, New Revised Standard Version, Evangelical Version, New International Version dan lain-lain, penggunaan kalimah Allah hanya di Malaysia dan Indonesia (kitab Bible itu sendiri di panggil ALKITAB bila di NUSANTARA sempena bahasa Indonesia) tanyakan penganut Kristian selain di Nusantara kalau mereka tahu apa itu ALKITAB? Sekiranya anda pergi ke gereja selain nusantara seperti Eropah, Afrika, China dan lain-lain mintakan pada mereka Bible dengan menyebut ALKITAB? Sudah tentu mereka tidak memahami apa itu ALKITAB. Kali ini cuba tanyakan seluruh penganut Islam di mana sahaja atau minta orang yang berada di Masjid di seluruh dunia yang anda lawati sama ada China, Russia, Nigeria, atau dimana-mana sebut ALQURAN sudah tentu mereka tahu apa itu ALQURAN kerana panggilan kata nama khas yang tidak berbeza. Berbalik kepada persoalan tadi sekiranya terdapat penggunaan Allah dalam bible ia juga merangkumi kalimah Eli, eloi, Elohim, Theos dan lain-lain (nanti kita bincangkan pada bahagian kedua nanti).



Persoalan saya KENAPA penganut Kristian di Malaysia (beberapa fahaman) MEMPERTAHANKAN kalimah ALLAH? Mari kita fikirkan dan bandingkan dua kenyataan ini. Dalam BIBLE itu SENDIRI terdapat LARANGAN untuk penganut Kristian MEMAKAN daging KHINZIR kenapa perkara atau larangan tersebut tidak dipertahankan? ISAIAH 65:2-5 (boleh semak dalam Bible atau google) lihat pada verse 4 iaitu SWINE FLESH (ingat virus swine flu masa lalu yang melanda Malaysia – SWINE-Khinzir). 




Kemudian lihat pula dalam alkitab terbitan tahun 1968 IMAMAT 11:7 “demikian juga babi karena memang berkuku belah, yaitu kukunya bersela panjang tetapi tidak memamah biak; HARAM itu bagimu” tapi lihat dalam IMAMAT 11:7 terbitan 1979 “demikian juga babi hutan, karena memang berkukuh belah, yaitu kukunya bersela panjang tetapi tidak memamah biak, itu haram bagimu”. Lihat pada kedua-dua ayat terdapatnya perubahan perkataan BABI dan BABI HUTAN (kenapa perkataan dalam bible boleh diubah-ubah adakah ia bagi menghalalkan babi yang diternak dan mengharamkan babi hutan/liar. 



Pada konsepnya ia tetap sama iaitu BABI tetapi untuk mengiyakan pada penganut kristian tentang babi boleh dimakan maka berlaku penambahan HUTAN. Lihat pula dalam ULANGAN 14:8 turut jua turut mengharamkan KHINZIR. kenyataan tadi bukan dibuat oleh penulis secara suka-suka atau terdapat pada AlQuran tetapi ianya terdapat dalam bible itu sendiri (makanya kalau ia mengatakan dia seorang Kristian tanyakan adakah dia seorang Kristian yang baik, sekiranya jawapannya YA, tanyakan pula jika dia memakan khinzir kalau jawapannya YA, itu bermaksud dia bukan seorang Kristian yang baik kerana tidak memahami apa yang terdapat dalam ayat-ayat yang diperjelaskan tadi). 



Maka sekarang mari kita fikirkan apakah MOTIFnya kalimah Allah yang HANYA di guna dalam bahasa Indonesia dan Malaysia DIPERTAHANKAN (tidak semua bible menggunakan kalimah Allah) berbanding dengan PERINTAH LARANGAN memakan khinzir yang terdapat pada Bible tetapi tidak pula dipertahankan dan TIDAK DITERANGKAN kepada penganutnya? 



Allah itu tidak dilahirkan dan tidak melahirkan AMAT JELAS, sedangkan pada yang beragama Kristian ianya berbeza iaitu Jesus diangkat sebagai tuhan dan anak tuhan. Maka saya bawa kalian dengan menggunakan hukum akal logik kita. Seekor HARIMAU masa ia lahir ianya DIKENALI seekor HARIMAU betul bukan? dan sekiranya harimau tersebut hidup 5 tahun, 7 tahun, 15 tahun, 30 tahun dan seterusnya ianya TETAP seekor harimau. Jadi bagaimana seorang yang lahirnya sebagai seorang MANUSIA dan selepas kematian serta selepas 300 tahun diangkat menjadi tuhan? Maka logiknya di sini sekiranya ia dilahirkan sebagai manusia maka ia tetap menjadi MANUSIA. Begitu juga dengan diri kita, kita lahir sebagai manusia maka sehinggalah kita mati juga masih dianggap sebagai manusia. Bak kata orang Indonesia “mana bisa manusia jadi tuhan sedangkan lahirnya juga manusia". Bukankah Allah yang menciptakan alam ini pokok, haiwan, langit, bintang, tanah, batu dll… jadinya kalau Jesus itu tuhan apakah Jesus boleh mencipta pokok, haiwan, air, tanah dan lain-lain tadi kerana semua itu sudah sedia ada sebelum Jesus lahir. Maka ada yang menciptakan segala yang ada didunia ini sebelum lahirnya ISA sebelum lahirnya MUSA sebelum Lahirnya Nabi Muhammad SAW, betul bukan? Sudah tentunya Allah yang mencipta yang satu-satunya layak disembah sebagai tuhan. Kalau Jesus itu tuhan maka Jesus sudah pasti boleh dan mampu mencipta bulan, tanah, pokok, binatang. FIKIRKAN SEDALAM-DALAMNYA DAN LOGIKINYA.. BUKA MINDA LAPANGKAN DADA… JESUS TIDAK LAYAK DIGELAR ATAU DIISTILAHKAN SEBAGAI TUHAN. Jelasnya kalimah Allah hanya layak digunakan dalam pengistilahan agama Islam seperti yang terkandung dalam surah Al-Ikhlas.



Memang tidak dinafikan terdapat para cendekiawan mengatakan bahawa penggunaan kalimah Allah oleh pihak KRISTIAN dan YAHUDI sudah digunakan sebelum Nabi Muhammad. So bagaimana? Jawapannya: YA memang penggunaan kalimah Allah sudah digunakan oleh Yahudi dan NASRANI TETAPI (saya sebut agama nasrani kerana agama Kristian itu bukan agama nabi ISA, ISA tidak menyebut agamanya kristian dan dalam Al-Quran sendiri tidak ada disebut agama Kristian tetapi disebut sebagai agama langit iaitu agama Nasrani. Agama Kristian wujud selepas 325 tahun semasa pemerintahan Rom) terdapat segelintir para cendekiawan sama ada pendakwah, para ustaz, ahli akademik atau pun orang biasa, ahli politik TIDAK MENGKAJI ajaran KRISTIAN dan penyelewangan-penyelewangan yang dilakukan dalam bible itu sendiri. 




Mari kita lihat susurgalur sejarah Kristian itu sendiri. Pada tahun 325M diadakan Council of Niceae di Rom dengan mengumpulkan 300 bishop (terdapat sesetengah pendapat seperti Ambrose of Milan dan Hillary of Poitier menyatkan seramai 318 bishop berkumpul dan jumlah 318 adalah simbolik mewaikili Servant of Abraham lihat Genesis 14:14. Perjumpaan ini adalah untuk mengiktiraf bahawa Kristian adalah sebagai agama Jesus dan Jesus diangkat sebagai Tuhan/Tuhan Anak. Kenapa selepas 300 tahun barulah disepakati Kristian dijadikan agama? Kenapa tidak semasa kehidupan ISA atau sebelum Jesus di salib? Adakah Jesus mengatakan bahawa AGAMAKU Kristian? Adakah Jesus mengatakan sembahlah aku kerana aku adalah tuhanmu? Sekiranya ada dalam Bible buktikan. Semua jawapannya TIDAK disebabkan agama Kristian tidak diiktiraf sehinggalah selepas 300 tahun penyaliban Jesus iaitu semasa KETIADAANNYA. 



Para individu yang menyatakan bahawa kalimah Allah sudah digunakan oleh pihak kristian sejak lama dahulu maka perlu memahami yang menggunakan kalimah Allah sejak dulu lagi ialah agama Nasrani bukan Kristian. Seperkara lagi ialah semasa zaman nabi Muhammad SAW belum disepakati agama Kristian dan dogma/doktrin Trinity. 




Cuba lihat pada susur galur pada abad ke empat terdapat BEBERAPA KALI perjumpaan ‘council’ diadakan untuk menjelaskan status Jesus dianggap sebagai tuhan. Pada COUNCIL OF NICEAE-325M mengatakan bahawa “JESUS CHRIST IS GOD”, manakala COUNCIL OF CONSTANTINOPLE-381M mengatakan bahawa “THE HOLY SPIRIT IS GOD”. Pada COUNCIL OF EPHESUS-431M mengatakan bahawa “HUMAN BEINGS ARE TOTALLY DEPRAVED” dan COUNCIL OF CHALCEDON 451M mengatakan bahawa “JESUS CHRIST IS BOTH MAN AND GOD”. Malahan Council of Niceae turut diadakan beberapa kali yang tidak mendapat persetujuan besar tentang Jesus sebagai tuhan.


JADI SEKARANG bagaimana Rasulullah SAW sendiri bersetuju penggunan kalimah Allah yang dikonsepkan dalam doktrin Trinity sedangkan pihak gereja itu sendiri pada masa tersebut juga masih TERCARI-CARI tentang konsep ketuhanan. Justeru Allah itu memang digunakan sejak zaman nabi ADAM hinggalah zaman umat RASULULLAH SAW tetapi perlu diingat kalimah Allah itu tidak boleh dinisbahkan pada doktrin tadi. APA YANG MENJADI ISUNYA APABILA KALIMAH ALLAH DI MALAYSIA DI ISTILAHKAN OLEH PIHAK KRISTIAN ADALAH TUHAN BAPA, TUHAN ANAK dan ROH KUDUS. 




Jika diteliti sekalipun terdapat beberapa fahaman Kristian yang tidak mengiktiraf Jesus sebagai Tuhan dan mengangkat doktrin Trintity itu sendiri. Pada mulanya tidak terdapat Bible yang menjelaskan tentang doktrin ini sehinggalah pada abad ke empat seperti yang dijelaskan tadi. Menurut New Bible Dictionary 1982 “the word trinity is not found in the Bible…” “…it is not a biblical doctrine in the sense that any formation of it can be found in the Bible…” “…scripture does not give us a formulated doctrine of the trinity…” Manakala menurut The Harper Collins Encyclopedia of Catholicsm 1995 bahawa; “…scholars generally agree that there is no doctrine of the trinity as such in either the Old Testament or the New Testament.” Maka ditimbulkan persoalan “if the trinity is the cornerstone of Christianity then why is it not mentioned in the Bible?”. 



Hal ini diperjelaskan di dalam The Encyclopedia Americana 1956 “Christianity derived from Judaism and Judaism was strictly Unitarian (believing in one God), nah lihat Judas itu sendiri percaya dengan satu tuhan sahaja. Manakala di dalam The New Catholic Encyclopedia 1967 “The formulation ‘one god in three persons’ was not solidly established, certainly not fully assimilated into Christian life and its profession of faith, prior to the end of the 4th century”. Rujuk pula Dictionary of The Bible 1995 John L.McKenzie “The trinity of God is defined by the church as the belief that in God are three persons who subsist in one nature. The belief as so definedwas reached only in the 4th century and 5th centuries AD and hence is not explicitly and formally a biblical belief.” Maknanya pada sekitar abad ke 4 dan abad ke 5 penggunaan oknum/doktrin trinity MASIH KABUR/ITDAK JELAS dan TIDAK DISEPAKATI. 




Ini menerangkan bahawa pada zaman Rasulullah penganut Kristian belum menerima doktrin tersebut sepenuhnya. Jelasnya bahawa pada abad tersebut wujud AJARAN yang DIPERBAHARUI dalam agama Nasrani yang cuba dibawa dan disebarkan kepada penganut Nasrani. Justeru kepada individu yang mengatakan bahawa ZAMAN RASULULLAH SAW ITU SENDIRI TIDAK MENGHALANG PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH adalah MENGELIRUKAN, bagaimana nabi Muhammad MENGHALANG sedangkan ajaran Nasrani itu sendiri tidak mempercayai Kalimah Allah adalah tuhan bapa, tuhan anak dan roh kudus. Maka kenapa Nabi Muhammad perlu sibuk menghalang penggunaan kalimah Allah (dinisbahkan doktrin trinity) sedangkan pihak gereja itu sendiri tercari-cari dan masih mencari titik pertemuan tentang Jesus sebagai tuhan (lihat sendiri dalam hadis atau di dalam Al-Quran sekiranya ada menyebut perkataan KRISTIAN). 




Masyarakat di luar sana perlu faham larangan penggunaan kalimah Allah hanyalah jika Allah itu dirujuk atau dinisbahkan seperti dalam doktrin Trinity. KESIMPULAN pada entry kali ini ialah KITA RISAU KEKELIRUAN yang akan melanda umat Islam pada masa akan datang.. selagi mana kita boleh elakkan kita cuba untuk elakkan agar anak-anak dan cucu-cucu kita tidak terkejut dengan perkongsian Kalimah Allah tetapi memberi penisbahan yang berbeza... DAN PALING PENTING PARA ULAMA MESTI MENENTUKAN TENTANG AKIDAH UMAT ISLAM SEKIRANYA MENGGUNAKAN, MERELAKAN, MENYEBUT DAN MENGAKUI ALLAH ADALAH seperti dalam DOKTRIN TRINITY... Waallahualambisawab...Bersambung Insyaallah akan dikupas tentang sejarah Kalimah Allah….

PESANAN SAYA: TIDAK SATU AGAMA PUN DI DUNIA INI YANG SUKA DENGAN KEBENCIAN DAN PEPERANGAN. MAKA BEGITU JUGA KEADAANYA DI SABAH DAN SARAWAK YANG SEMUANYA HARMONI DAN BERTOLERANSI. ENTRY HANYALAH PERBINCANGAN SECARA PRA ILMIAH. KEKALKAN KEHARMONIAN DI SABAH DAN SARAWAK!
 

No comments:

Post a Comment