Assalamualaikum dan Salam Perpaduan...
Hanya menunggu masa dan detik waktu untuk kita melihat apakah yang berlaku pada hari sabtu ini bersamaan 9 Julai 2011. Perhimpunan Bersih yang mewar-warkan akan melakukan perhimpunan secara aman mengumpul setiap individu dari pelusuk negeri di Malaysia ini dengan tema warna KUNING.
Sebenarnya ia bukan sahaja sebagai satu perhimpunan tetapi juga lebih kepada demonstrasi jalanan atau dalam bahasa sebenarnya Demonstrasi Bersih (DB), namun untuk mencantikkan dan memperindahkan lagi kosa kata maka dibentuk sebagai P.E.R.H.I.M.P.U.N.A.N. Perhimpunan lebih dikenali sebagai suatu perkara yang berjalan dengan baik dan kita boleh mengimbas semula perhimpunan sekolah yang dijalankan pada setiap hari isnin persekolahan, tidak memberikan huru hara dan berjalan dengan lancar dan baiknya.
Namun perhimpunan yang dimaksudkan adalah benar-benar berbeza kerana ia merubah keadaan yang boleh memulakan gelombang besar dalam situasi di Malaysia, kita telah sedia maklum Libya telah mengadakan demonstrasi jalanan berkenaan pemerintahan presiden Muamar Ghadafi malahan Hosni Mubarak juga digulingkan oleh rakyat Mesir. Maka tidak hairan perkara ini berlaku di Malaysia, disebalik DB terdapat kebaikan dan keburukan yang memberi satu objektif dari sudut penilaian masyarkat majmuk.
Pada satu tahap mungkin DB relevan untuk menyatakan bahawa rakyat masih merupakan kuasa terbesar sesuai dengan kata-kata hikmah 'dari rakyat untuk rakyat' bukan 'dari rakyat untuk YB atau pemimpin politik'. Rakyat dilihat sebagai satu entiti yang hanya menurut perintah pada masa kini sekiranya diangguk maka angguklah jadinya sekiranya digeleng maka rakyat akan menggeleng spenjang masa. Jadi untuk semua pemimpin politik tidak mengira mana parti sekalipun rakyat merupakan anugerah paling berharga untuk pemimpin kerana pepatah Melayu dicipta sungguh indah 'bulat air kepada pembetung bulat kata kerana muafakat'. Juteru pemimpin jangan hanya memenuhkan kocek sendiri tetapi membantu rakyat yang banyak membantu pemimpin.... teringat kata-kata Tun Mustapha... kalau anak isteri pemimpin sudah cukup makan bantu-bantulah orang kampung miskin yang lain biar semua merasa juga... bukannya apa bila dilihat dengan mata kasar kenaikan harga barang dan minyak sebenarnya tidak mendatangkan masalah kepada pemimpin yang lebih dari mampu tetapi bagi rakyat kenaikan tersebut amat besar kesan yang dialami dalam menjalani kehidupan seharian.
Dari sudut keburukan DB pada pandangan pemikir kalut memang amat mendalam kepada masyarakat secara keseluruhan, ia perlu dilihat dengan teliti di selidiki dengan penuh hati-hati di kaji dengan tertib melalui sorotan dan metodologi kajian yang ingin dilihat... ketua DB yang kita maklum adalah Datuk Ambiga yang memperjuangkan hak rakyat terutamanya dalam proses pengundian tetapi kita perlu maklum latar belakang beliau yang banyak menimbulkan huru-hara pada mmasyarkat Islam di Malaysia... Dari Huzaifah r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:"Dajal selalu membawa air dan api. Api itu sebenarnya adalah air sejuk, sedangkan air sebenarnya adalah api. Kerana itu waspadalah kamu agar tidak celaka". Jadi lebih baik kita memikirkan dan menilai semula apa yang ingin dicapai dalam kehidupan yang penuh demonstrasi, biarlah keindahan alam ciptaan Allah di jaga dengan sebaik mungkin dinikmati dengan sepenuh hati yang terus tawaduk dan bertakwa pada Allah SWT.
Justeru, relevankah perhimpunan bersih? anda layak untuk bertanyakan pada diri anda sendiri kerana setiap manusia mempunyai hak dan juga setiap insan mempunyai hak pada diri anda sendiri juga. Ikutlah kata hati kerana hati tidak pernah menipu melainkan hati yang telah hilang Nur akibat daripada perbuatan sendiri yang teal Allah cabut setiap keberkatan dalam hati manusia.
dan anda mungkin pernah mendengar kes berkaitan kes murtad Lina Joy. Ini serba sedikit latar belakang beliau..
Justeru, relevankah perhimpunan bersih? anda layak untuk bertanyakan pada diri anda sendiri kerana setiap manusia mempunyai hak dan juga setiap insan mempunyai hak pada diri anda sendiri juga. Ikutlah kata hati kerana hati tidak pernah menipu melainkan hati yang telah hilang Nur akibat daripada perbuatan sendiri yang teal Allah cabut setiap keberkatan dalam hati manusia.
dan anda mungkin pernah mendengar kes berkaitan kes murtad Lina Joy. Ini serba sedikit latar belakang beliau..
Nama: Ambiga Sreenevasan
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu serta mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah.”
Marilah berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW untuk mendapat syafaatnya di padang mashyar kelak.. AMIN!!!
Seorang Pemikir?
No comments:
Post a Comment