Bismillahirrahmanirrahim….
Assalamualaikum dan salam perpaduan ummah… segala puji dan syukur ke atas Allah SWT yang menciptakan sekalian alam dan salam serta selawat ke atas junjungan nabi Muhammad SAW… semoga kita mendapat syafaat baginda di padang mahsyar kelak...
SEBELUM MENERUSKAN PEMBACAAN INI MOHON SAUDARA MEMAINKAN LINK DIBAWAH ADALAH BAIK UNTUK KITA MEMULAKAN DENGAN AL FATIHAH.. PLEASE!!! PLEASE!!! SILA HAYATI BACAAN DAN MAKSUDNYA..
kehebatan Alfatihah yang menggetarkan jiwa
kehebatan Alfatihah yang menggetarkan jiwa
SEMOGA DENGAN PERMULAAN ALFATIHAH TADI ANDA DAPAT MENGHAYATI PEMBACAAN BLOG INI... BAGI YANG MENGALIRKAN MATA INGATLAH KITA HANYA MANUSIA YANG BANYAK MELAKUKAN DOSA-DOSA.. MARILAH BERTAUBAT...
Kali ini sebuah tajuk yang dikupas secara seloroh iaitu FACEBOOK, PUASA RAMADHAN, RIAK, TAKBUR, SOMBONG DAN AURAT merupakan entry pada kali ini… RAMADHAN merupakan bulan yang dimuliakan oleh seluruh kaum muslim tidak kira dimana kita berada malahan para malaikat juga memuliakan bulan ini yang penuh keberkatan dan kesejahteraan… pada bulan inilah kita mengetahui bagaimana isi iman dan isi hati kita terhadap Allah kerana pada bulan ini segala suku sakat jin, syaitan dan iblis tidak mampu berbuat apa-apa akibat dirantai sehinggalah kepenghujung ramadhan… ini menunjukkan kekuasaan Allah pada makhluknya yang mampu berbuat apa yang dikehendakiNya… ‘kun faya kun’ jadi maka jadilah… justeru di bulan ramadhan ini kita mengetahui mengenai diri kita sendiri, rakan-rakan dan seluruh umat muslim yang mana tidak adanya syaitan dan suku sakatnya, tetapi adakah kita masih mengamalkan apa yang diajarkan oleh para jin dan syaitan laknatullah…
Mari kita menulusuri sama ada kita masih salah seorang pengikut jin dan syaitan… hari ini hampir semua manusia mempunyai FACEBOOK malahan terdapat sesetengah muslim yang mempunyai akaun FACEBOOK lebih banyak dari ALQURAN di rumah malahan lebih banyak masa dihabiskan di depan FACEBOOK berbanding dengan SOLAT lima waktu yang setiap solat mungkin sekurang-kurangnya mengambil masa lima minit. Jadi kalau di darab 5X5 maka jawapannya ialah 25minit tetapi bagaimana pula masa yang disia-siakan di depan facebok…
FACEBOOK semua orang telah maklum diasaskan oleh seorang remaja yahudi iaitu Mark Zuckerberg tetapi itu bukan persoalan atau perkara pokok kepada entry kali ini tetapi apa yang diutarakan ialah menilai pada apa yang di ‘post’ atau ‘gambar’ yang di upload oleh masyarakat Islam pada hari ini… bagi menunjukkan kita seorang yang ‘BERJAYA’ (berjaya dalam menambah dosa) maka dengan hati yang ‘IKHLAS’ ditambah dengan sifat ‘RIAK’ maka kita mula mempamerkan post untuk tatapan rakan-rakan… contoh: “hari nie I makan aiskrim haagen dasz sedap giler” (menunjukkan kita mampu membeli sesuatu luar daripada kebiasaan rakan-rakan kita)… “wah penatnya dari bercuti kat Thai dah lah lepas tue pergi Bandung nasiblah anak-anak nie dah biasa jalan-jalan” (menunjukkan kita seorang yang kaya atau pada realitinya kita tidak kaya tetapi untuk menunjuk-nunjuk)…” pemalasnya pekerja tadi tue dahlah pintu ‘gate auto’ rumah saya belum siap di baiki dapur yang dipasang dengan jubin import dari Jepun pun hanya sebahagian siap” (menunjukkan kita bersifat takbur bahawa rumah orang kampung mana ada guna jubin rumah orang flat mana ada gate auto kita sahaja yang mampu rakan-rakan pun terdetik dalam hati wah! Hebatnya dia… dulu masa sekolah macam lurus bendul jer)… “masa jalan-jalan tadi sempat rembat pinggan mangkuk buatan Rusia habis duit nak dekat seribu untuk tiga biji pinggan gantikan pinggan lama” (takbur menunjukkan kita makan bukan alang-alang sedangkan nabi makan dari bekas ala kadar walaupun hakikatnya Rasulullah jangankan pinggan emas pinggan dari berlian pun Allah mampu berikan dengan sekelip mata tetapi bukan itu ingin ditunjukkan pada kita semua) ingatlah ‘post’ sedemikian rupa untuk memperlihatkan bahawa ‘KITA MASIH MEMPUNYAI PERTALIAN DARAH DENGAN JIN DAN SYAITAN’ kira-kiranya kita ini sepupu sekali atau dua kali mungkin juga ipar duai dengan segala laknatullah ini.. kenapa dikatakan sedemikian? Sebabnya pada ramadhan yang mana segala jin dan syaitan dibelenggu kita masih lagi mengamalkan apa yang telah diajarkan dan dibisikkan oleh para jin dan syaitan! iaitu takburlah wahai manusia, riaklah wahai manusia, menunjuk-nunjuklah wahai manusia, sombonglah wahai manusia kerana ia hanya gambar dan tulisan semata-mata... Mana hati yang kita serahkan keikhlasan untuk ramadhan ini?
“Sesungguhnya kami kembalikan ke dalam neraka jahanam nanti ramai daripada golongan manusia dan jin, mereka punya hati tetapi tidak faham dengannya, punya telinga tetapi tidak mendengar dengannya, punya mata tetapi tidak melihat dengannya. Mereka seperti binatang ternak bahkan lebih hina” (Al-A’raf: 197).
Dalam beribadah pada bulan RAMADHAN yang pada waktu siangnya diisi dengan puasa dan dibasahi dengan tasbih dan zikir manakala pada malamnya pula dipenuhi dengan amalan solat sunat dan linangan airmata dek penangan solat tahajud maka pada sebahagian manusia pula sibuk dengan facebook ‘mengupload’ gambar JUADAH BERBUKA petang tadi segala gambar kuih ada… ada kuih kak limah balik rumah.. ada ikan bakar pak bakar… ada air cendol lima rasa… murtabak harimau Malaya mengaum pun ada malahan yang kaya lagilah dengan hidung tinggi jangankan gambar berbuka di hotel lima bintang hotel tiga bintang ala-ala komunis untuk berbuka pun diupload sedangkan masa maghrib dah tertinggal... sepupu sepapat kaum kerabat yang di kampung tapi ada facebook sekadar melihat gambar kehebatan berbuka ala Bandar tetapi dikampung hanya berbuka air teh susu dengan kuih apam balik yang entah berapa kali terbalik… maka keluarga di kampung pun rasa segan sebab yang dibandar nampak kaya.. tapi ingat rezeki itu ditentukan Allah sekali ditarik nikmat rezeki pada yang RIAK dan BONGKAK jangankan teh susu dan apam balik... teh bergula pun belum pasti ada… ingatlah facebook tempat untuk kita diuji yahudi sengaja membinasakan umat islam dengan menyuburkan hati-hati manusia untuk dibaja dengan riak, takbur, sombong dan pelbagai lagi penyakit hati…
Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
“Dalam diri manusia ada segumpal daging, apabila baik daging itu akan baiklah seluruh dirinya, sekiranya jahat akan jahatlah seluruh dirinya. Ketahuilah bahawa daging itu adalah ____” (jawapan disediakan di bawah **)
Justeru, sempena ramadhan ini cuba kita muhasabah diri kita kerana ini adalah masa paling sesuai disebabkan tidak ada bisikan syaitan dan jin yang boleh mempengaruhi melainkan yang sudah memang ada pertalian sepupu sepapat… oleh itu ini nasihat dan teknik daripada insan biasa yang juga banyak berbuat dosa untuk kita berundur atau U-Turn … sebelum ramadhan menjelang tiba luangkan masa setengah jam atau sejam untuk kita membuka laman social facebook… taip www.facebook.com terpampang skrin berwarna biru kemudian masukkan USER NAME anda setelah itu masukkan PASSWORD anda… kini anda berada di HOME klik di profile hak milik anda yang selama ini dibanggakan kemudian pergi ke PHOTO lihatlah gambar anda yang selama ini tidak bertudung (bagi yang perempuan)atau pada zaman mudanya tidak bertudung dah tua baru bertudung, gambar keluarga anda dan saudara-mara anda, pakaian ketat memperlihatkan kehebatan tubuh anda, aurat yang dengan bangganya ditayangkan (lelaki/perempuan) pada semua orang, gambar anda mendapat anugerah diraja atau gambar anda menjadi orang terhebat (sedangkan Allah belum mengurniakan apa-apa anugerah kepada anda lagi lagi tetapi anda sudah pun mencanangkannya… banyakkan bersabar dengan sabar dan tawadhuk anda Allah akan anugerahkan di alam kubur dan diakhirat nanti), lihat gambar kereta anda yang sebesar lori, rumah anda yang hampir sebesar istana, gambar percutian anda di bandung, di aceh, di Swiss, di Manchester , di Jepun , di sebelah rumah parit jiran anda (cuba tanya diri dan hati anda gambar-gambar ini sebenarnya hanya untuk menunjuk-nunjuk pada rakan-rakan bukan.. jangan tipu hati anda kerana hati lebih tahu melainkan hati anda seperti hati keldai yang sudah hilang fungsi), cuba lihat lagi gambar anda beli harta emas, kasut, baju, makanan dsbg nya… sudah dilihat dan ditenung kesemua gambar-gambar tadi? Kali ini cuba pejam mata anda dan fikir sedalam-dalamnya.. FIKIRKAN ADAKAH RASULULLAH YANG SENTIASA MENANGISI DAN MENGASIHI ANDA MAHU PERKARA INI BERLAKU… KASIHANNYA NABI YANG MENGINGATI NAMA ANDA BERBIN/BERBINTIKAN BAPA ANDA DAN BERBINKAN NAMA DATUK ANDA BILA DI PADANG MAHSYAR KELAK, TAPI ANDA TIDAK SEKALI PUN RASA KASIHAN PADA RASULULLAH...
Maka fikirkanlah sebaik mungkin sekiranya anda mengasihi isteri anda.. suami anda... ibubapa anda... anak-anak anda... saudara mara anda... adakah anda gembira melihat semua ini menjadi penghalang kepada memasuki syurga yang Allah janjikan? Sebab selagi mana gambar dalam FACEBOOK di UPLOAD dan berada dalam ALBUM FACEBOOK ANDA kerana ingin menunjuk-nunjuk dan riak pada rakan-rakan lain selagi itulah dosa anda tidak putus...Mahukah anda semua ahli keluarga atau rakan-rakan anda yang berada di gambar ini menjadi penghuni neraka mendapat seksa azab yang maha berat dan dahsyat...? DISEBABKAN ANGKARA ANDA YANG SUKA MENUNJUK-NUNJUK... oleh itu DELETE satu persatu gambar-gambar yang dipenuhi dengan sifat sombong, angkuh, riak, takbur dan dosa. Men’DELETE’ GAMBAR-GAMBAR ini tidak membuatkan anda RUGI hatta SEBIJI KURMA atau sebesar ZARAH sekalipun lagi bernilai dari gambar-gambar yang penuh dengan godaan syaitan ini... BERITAHU SAYA SEKIRANYA GAMBAR-GAMBAR YANG TIDAK PATUT DALAM FACEBOOK ITU LEBIH BERNILAI DARI SEBIJI KURMA... sekiranya ia bernilai atau ingin dikongsi kerana kenangan maka SAVE dalam PC anda dan lepas itu DELETE SAHAJA...
Ingatlah SELEPAS anda DELETE perasaan anda akan berasa LEGA tetapi INGAT sekiranya masih berada dalam album anda akan mendapat dosanya selagi mana boleh dilihat oleh semua orang apatah lagi pada bulan ramadhan ini... kita suka menunjuk-nunjuk dan riak pada rakan-rakan yang kita memiliki segalanya TIDAK INGATkah kita sebelum kewafatan RASULULLAH BAGINDA HANYA MEMILIKI HARTA TUJUH DINAR! Ketika sakit mulai terasa berat, khuatir akan baginda setelah wafat harta masih ditangan maka dimintanya Aisyah supaya wang itu disedekahkan… seminggu selepas itu Rasulullah bertanya pada Aisyah “apa yang kamu lakukan dengan dinar itu?” Aisyah menjawab bahawa dinar itu masih ada ditangannya. Rasulullah meminata dibawakan wang dinar itu setelah berada ditangan baginda, baginda bersabda “bagaimanakah jawab Muhammada kepada tuhan, sekiranya ia mengadap Allah sedang ini masih ditangannya”.. semua wang itu disedekahkan kepada fakir miskin sebelum kewafatan baginda RASULULLAH SAW… cubalah fikirkan sewaktu kebangkitan Islam dan para pembesar dimekah yang cuba menawarkan segala kekayaan diseluruh alam lebih dari yang anda miliki kepada RASULULLAH? malahan seluruh tanah Arab dan dunia ini dan segala kepimpinan ditawarkan oleh kaum kafir kepada RASULULLAH agar tidak membawa agama Allah… tetapi apa yang dilakukan oleh baginda iaitu MENOLAK kerana ia hanyalah sementara malahan Allah lebih mampu dari segalanya dan mampu memberikan kekayaan yang berada di bumi dan dilangit serta diantaranya…
Saya secara peribadi tidak melarang untuk ber’facebook’ tetapi biarlah menjaga diri dan jangan terlalu membanggakan diri dan lalai... ingatlah semua manusia menginginkan syurga.. hormatilah bulan ramadhan penuhkan dengan puasa yang bertaraf first class, sesungguhnya apabila kita mengingati Rasulullah dan menangisi baginda pada bila-bila masa Insyallah Rasulullah tidak akan melupai wajah kita mari kita renungkan sebuah kisah RASULULLAH SAW dan sahabat baginda ini... tajamkan fikiran anda dan hayati dengan minda imaginasi anda seperti ia berlaku di depan mata anda... baca perlahan-lahan dan fahami...
“Sesungguhnya aku adalah nabi yang diutus dan mengajak orang kepada jalan Allah dengan izinNya. Aku adalah sebagai saudara kandung kamu, yang kasih sayang pada kamu semua seperti seorang ayah. Oleh itu kalau ada sesiapa yang mempunyai hak untuk menuntut, maka hendaklah ia bangun dan membalasi aku sebelum dituntut pada hari kiamat”.
Lantas bangkit Ukasyah bin Mushan dan mendakwa telah dipukul oleh Rasulullah SAW pada tulang rusuknya semasa perang Badar. Rasulullah SAW merelakan dirinya untuk diqisas (balas), lantas meminta Bilal bin Rabah mengambil tongkat baginda di rumah Fatimah. Ramai para sahabat termasuk cucu baginda Hassan dan Hussin yang tampil merayu agar Rasulullah tidak diqisaskan, sebaliknya menawarkan diri untuk diqisas..
Namun rasulullah menolak tawaran itu sebaliknya berkata pada Ukasyah “pukul lah aku jika kamu mahu” berkata Ukasyah Rasululah memukulku ketika daku tidak memakai baju. Lantas Rasulullah membuka bajunya dan menangislah hadirin yang lain. Sebaik melihat tubuh Rasulullah SAW... Ukasyah terus mencium dan memeluk tubuh Rasulullah sambil berkata “AKU TEBUS TUAN DENGAN JIWAKU, siapakah yang sanggup memukul tuan. Aku lakukan begini sebab aku hendak menyentuh badan mu dengan badanku ya RASULULLAH YANG DIMULIAKAN ALLAH. Lantas Rasulullah SAW berkata “SESIAPA YANG INGIN LIHAT AHLI SYURGA, INILAH ORANGNYA”.
Wahai para saudara sekalian dan pembaca mohon agar kita juga menjadi ahli syurga fikir dan hayatilah bagaimana kisah ini untuk kita terus mengasihi Allah dan Rasulullah SAW... ingatlah segala apa yang dipaparkan dalam facebook dan yang di’post’ mengundang seribu satu dosa sekiranya kita tidak beringat dan senantiasa was-was dengan segala kejahatan... semuanya terpulang pada tangan anda sekiranya dihati anda tidak wujud kasih pada nabi junjungan Rasulullah SAW fikirkanlah utuk anak-anak anda, ibu bapa, suami tercinta anda, isteri tercinta dan saudara serta rakan-rakan anda... saya memohon agar anda diberikan kekuatan untuk melakukan U-TURN ini.... Insyallah... semoga berjumpa di entry yang berikutnya....ASSALAMUALAIKUM
segala apa yang dicatat dalam entry ini tidak mengaitkan pada sesiapa dan jikalau ada ia hanya kebetulan...
JAWAPAN *HATI*