Bismillahirrahmanirrahim.... Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Pengasih
Assalamualaikum dan Salam Perpaduan Ummah!
Firman Allah s.w.t dalam Surah al‐Baqarah, ayat 183:
“Hai orang‐orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana ia diwajibkan ke atas orang‐orang yang terdahulu dari kamu supaya kamu bertaqwa.”
Penulis sengaja memetik firman Allah SWT di atas menandakan dan untuk mengingatkan bahawa Ramadhan akan tiba… Semoga setiap makhluk yang bernyawa di muka bumi ini terus mendapat hidayah dari Allah dan mendapat petunjuk agar senantiasa bertakwa dan diberi cahaya pada setiap hati yang mempunyai kalimah La Ilahaillallah… Dalam masa beberapa hari lagi kita akan menyambut Ramadhan yang penuh keberkatan yang penuh dengan segala rahmat… jika jumaat adalah penghulu bagi segala hari maka ramadhan itu adalah penghulu bagi segala bulan… kerana didalam yang penuh berkah ini terdapat tiga fasa..
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Permulaan Ramadhan itu adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan (maghrifah) dan penghujungnya adalah kebebasan dari api neraka”….
Maka pada bulan Syaaban ini berpusu-pusulah terutamanya kaum wanita untuk melangsaikan hutang puasa yang belum diganti… sama ada yang telah mencapai dua tahun atau selebihnya yang juga sepatutnya membayar fidyah dan juga puasanya sekali… Bagi seorang muslim yang hatinya ada iman dan sentiasa menantikan ramadhan maka bulan ini cukup amat-amat ditunggu-tunggu kerana disinilah bulan yang memberikan segala pahala yang berlipat ganda tetapi bagi individu yang terus dihimpit dengan segala dosa maka bulan ramadhan amatlah menyakitkan dari segi mentality dan fizikal…
Hadith riwayat Ahmad, al‐Bukhari, al‐Nasa`ie dan Ibn Majah daripada Abu Hurairah:
“Setiap amalan anak Adam digandakan, satu kebajikan dengan sepuluh kali ganda hingga sampai 700 kali ganda, hingga mengikut kehendak Allah, firman Allah s.w.t: Kecuali puasa, maka sesungguhnya ia bagi‐Ku dan Akulah yang membalasnya, meninggalkan syahwat dan makanannya kerana Aku, bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan, kegembiraan ketika berbukanya dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.”
Yang menjadi satu kehairanan puasa ini juga dianggap sebagai satu perkara mudah malahan yang berpuasa di luar bulan ramdhan untuk menggantikan puasa cukup-cukup sahaja keimanan melalui puasa setengah hari kerana anggapan mudah terhadap puasa. Awal pagi bersahur tetapi dikala panas terik waktu tengah hari maka dengan sewenang-wenangnya membatalkan puasa kerana tidak tahan dengan segala cubaan dan dugaan, maka terfikirlah bahawa tidak apa untuk membatalkan puasa kerana ramadhan masih jauh lagi! Tetapi walau apa pun puasa wajib ditunaikan walaupun lewat pada bulan Syaaban bak kata pepatah better late than never!
Memang tidak dinafikan puasa bagi orang yang beriman bagaikan sumber makanan kepada rohani dan jasmani tetapi bagi islam yang hanya pada nama puasa ini dianggap “oh tidak mengapa, kebetulan saya berada di oversea… cuaca sejuk… lagipun tidak ramai yang puasa dan tiada suasana puasa… nanti ganti jer” atau "tue ramai kawan-kawan lain tak puasa relax jer saya nampak"... ingat jangan sekali-kali mengikut perbuatan manusia yang tidak diredhai Allah... selain itu puasa yang kebiasaan pada manusia ialah bila menganggap puasa ini sebagai satu kehendak bukan keperluan sorry to say bagi penganut agama lain ia memang satu kehendak bukan keperluan jadi ramai yang beragama islam dengan hati dan iman yang kurang menjadikan puasa ini sebagai satu kehendak seperti penganut bukan agama islam lain.. kalau hendak barulah dijalankan kalau tidak hmmmm….
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, di mana Allah telah mengfardhukan ke atasmu puasa. Dibuka padanya pintu‐pintu syurga dan ditutup padanya pintu‐pintu neraka, ditambat padanya syaitan‐syaitan. Padanya satu malam lebih baik daripada seribu bulan, siapa yang dihalang kebaikannya sebenarnya dia telah dihalang kebaikan yang banyak.”
Hadith oleh Ahmad, al‐Nasa`ie daripada Abi Hurairah.
Puasa bukan sahaja menahan lapar dan dahaga tetapi menahan dari segala nafsu terutamanya yang berkaitan dengan panca indera manusia… maka bagi wanita, remaja yang dengan bangganya memperlihatkan aurat pada bulan ramadhan dan juga gambar-gambar di laman social facebook dan twitter fikir-fikirkanlah… bagi sang suami kepada isteri dan bagi sang isteri kepada sang suami… banyak-banyakanlah mengingati Allah tentang apa yang kita lakukan dengan mengaibkan orang tersayang… Esok sila lihat facebook anda twitter anda dan mohon untuk delete gambar-gambar yang tidak elok… beringatlah selalu… ingatlah Nabi Rasulullah SAW terlalu bimbangkan umatnya sehinggakan sebelum kewafatan Rasulullah perkara yang merisaukan baginda ialah UMAT RASULULLAH!
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda:
"Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah bercakap tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa."
Di bulan ramadhan in juga timbul alasan untuk tidak berpuasa dan juga pelbagai permasalahan terutamanya bagi kaum lelaki atau yang telah berumahtangga maka kekeliruan mengenai dalam keadaan junub atau bagi yang bujang selepas bersahur atau bagi yang bujang mengalami mimpi yang indah hingga basah maka alas an tersebut dijadikan alas an untuk tidak berpuasa kerana batal puasa terutamanya tidur selepas bersahur maka ini yang dapat dijelaskan;
Diriwayatkan daripada Aisyah dan Ummu Salamah RA, kedua-duanya berkata: Nabi SAW bangkit dari tidur dalam keadaan berjunub bukan dari mimpi kemudian meneruskan puasa.
Satu amalan yang baik pada bulan ramadhan juga ialah selalu berdoa memohon keampunan kepada Allah SWT dan rasanya lebih baik sebelum membacakan niat berbuka puasa dan doa makan dimasukkan sekali doa untuk keberkatan anak-anak dan kaum keluarga mintalah apa sahaja selagi baik untuk diri sendiri dan ahli keluarga yang penting tidak melanggar pada hukum Allah…
Hadith riwayat Ibn Majah dan al‐Hakim, daripada Ibn Umar bahawa Nabi bersabda: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa mustajab yang tidak ditolak.”
Banyakkan amalan melalui solat-solat sunat tahajud, tarawih, witir dan ingatlah untuk senyum pada bulan ramadhan kerana ia juga adalah sedekah… jangan lupa untuk memnohon kemaafan dari rakan-rakan dan sanak saudara… sejauh mana harta di dunia ini di cari tidak sama beratnya dengan kalimah LA ILAHAILLALLAH… maka ingatlah dengan harta manusia diuji oleh Allah sama ada kita lalai atau kita kita terus mengingatiNya..
Oleh itu sebelum ramadhan menjelang tiba perbaiki diri… buatlah persediaan dari segi fizikal dan mental kerana puasa amatlah indah hari-harinya… ingatlah pada orang yang kurang berkemampuan banyakkan bersedekah dan bertasbih.. semoga Allah memberikan naunganNya pada kita semua di akhirat kelak… SELAMAT BERPUASA DAN MENYAMBUT BULAN RAMADHAN
No comments:
Post a Comment