Thursday, July 7, 2011

Sebuah Pandangan Kronologi Trinity

Bismillahirahmanirrahim.. 

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan Ummah…

Semoga pada hari Jumaat penghulu bagi hari dan sewaktu di padang mahsyar kelak kita diberi keberkatan dan naungan oleh Allah pada kita semua umat Rasulullah SAW. Sebenarnya setelah sekian lama belajar sejak dari berada di sekolah menengah hinggalah ke peringkat yang lebih tinggi, saya berminat dengan perbandingan agama mungkin salah satu faktornya ialah persekitaran saya yang dikelilingi dari masyarakat kristian Katolik yang benar-benar taksub dengan agama mereka. Di kampung kelahiran saya masyarakat islam dan masyarakat kristian boleh duduk bersama dan hidup harmoni namun jauh di lubuk hati terdapat naluri untuk menyatakan Islam itu benar pada khalayak umum… sekali sekala pertembungan ini menjadikan agama Islam dan Kristian adalah sama tetapi sebenarnya agama ISLAM DAN KRISTIAN ADALAH TIDAK SAMA.

Sebelum itu saya memohon maaf kerana penulisan ii mungkin menyinggung sesetengah perasaan individu tetapi ia telah ditelaah berdasarkan fakta dan melalui pembacaan buku... MOHON MAAF SEKALI LAGI!

Ramai penganut Kristian yang cuba menyogok penganut Islam lain dengan perkhabaran Nabi Isa dikongsi bersama Islam dan Kristian, jadi timbul persamaan. Sebenarnya Islam berdiri di atas hak dan keimanan sendiri berbanding agama Kristian. Kristian percaya dengan konsep TRINITY, dalam Persidangan Nicea 325 M, gereja Trinitari (pendokong fahaman triniti) dengan sokongan pemerintah mengemukakan doktrin “homoousious” yang bererti Bapa, Anak (Jesus) dan Roh Kudus adalah “SETARA, SAMA ABADI & SAMA PENTING”. Lebih dikenali sebagai “3 dalam 1” dan “1 dalam 3”. Doktrin ini dikenali sebagai “Creed of Nicea”.



Kemudian doktrin ini diperkukuhkan pada Sidang Constantinople pada tahun 381 Masehi. Trias pertama kali disebutkan pada tahun 180 oleh Theophilus dari Antiochia, namun ini bukanlah Trinitas sungguhpun ia telah diterjemahkan sebagai Trinitas oleh mereka yang berkepentingan.

Gereja-gereja Unitari (pendokong fahaman bahawa Bapa sahaja yang mesti disembah sebagai Tuhan) telah ditindas selepas itu dengan pelbagai kezaliman. Apa sahaja dokumen Bible dan Gospel yang masih ada pada mereka dirampas dan dimusnahkan, dengan harapan agar fahaman Unitari pupus. Orang yang paling mempengaruhi kristian untuk terus sesat ialah PAUL yang mengakui menerima wahyu dari Jesus dan bertentangan dengan apa yang dibawa oleh para hawari atau lebih dikenali sebagai hawariyun. Paul dikenali sebagai St Paul atau Paulus, namun nama sebenar beliau ialah Saul berasal dari Tarsus. 

 

Namun usaha golongan Unitari untuk mentauhidkan Allah (iaitu Bapa) dan mengekalkan ajaran Jesus tak kurang hebat. Apabila Bible/ Al Kitab dan logik dijadikan kayu ukuran, sentiasa sahaja golongan Unitari berjaya mematahkan hujah-hujah golongan Trinitari. Oleh kerana gereja Trinitari dan pemerintah tidak mampu lagi untuk membuktikan fahaman mereka menggunakan Bible ataupun logik, mereka memperkenalkan “beriman secara buta” atau “beriman secara misteri”.

Antara hujahnya, Tuhan itu tidak boleh difikirkan kerana tak akan sampai pemikiran manusia untuk memahami triniti, maka percaya sajalah, jangan disoal-soal. Ada juga mengatakan kononnya triniti atau tidak tak penting. Yang penting ialah mengasihi Tuhan Jesus dengan sepenuh hati, pasti akan masuk ke syurga. Pemerintah memaksa orang ramai untuk “beriman buta” atau “iman misteri”. Sesiapa yang berani mempersoalkannya dianggap sesat, diseksa ataupun dibunuh. Inilah yang dikatakan beriman secara membuta tuli tanpa apa-apa kepercayaan dan sebarang persoalan dari penganut Kristian adalah suatu yang tidak beradab bagi pihak gereja. Tetapi apa yang perlu dinilai oleh penganut kristian dalam bible sendiri turut menyatakan untuk mengimani sesuatu dengan menggunakan akal fikiran.

"Kasihilah Tuhan kamu... DENGAN SELURUH AKAL" (Markus 12:30)

"Allah adalah Allah yang suka akan ketertiban, bukan kekeliruan". (Korintus 1 14:33)

Keadaan ini menjelaskan bahawa konsep trinity mempunyai masalah tetapi tidak dijelaskan oleh pihak gereja apakah dia konsep trinity yang di imani oleh penganutnya. kebenaran dan logik triniti masih tidak dapat dihuraikan dan terus menjadi rahsia. Percaya saja, tak perlu difikir-fikir- kata mereka. Dijawab pula oleh pendokong-pendokong Triniti, “Bukankah Tuhan itu Maha Hebat. Dia terlalu hebat hingga tidak mampu difikirkan dan dihuraikan oleh otak manusia. Kalau dia boleh difikir-fikirkan, maka itu bukan Tuhan namanya.

Memang benar, mustahil kita dapat memikirkan zat Tuhan tetapi kita boleh memikirkan apakah sifat-sifat yang layak dan sifat-sifat yang tak layak bagi Tuhan. Mustahil Tuhan diberanakkan. Juga agak menghairankan, mengapa mesti disebut secara berurutan ,”Dengan nama Bapa, Anak dan Roh Kudus”? Kalau ketiga-tiganya sama setara, sebut yang mana dahulu pun tak ada masalah. Mengapa ragu-ragu untuk menyebutkan: ‘Dengan nama Roh Kudus, Jesus dan Bapa” atau “Dengan nama Jesus, Roh Kudus dan Bapa.”



Hairan lagi. Kalau ketiga-tiganya peribadi yang sama, mengapa tidak disebutkan seorang saja? Bukankah salah seorang daripada Bapa, Jesus dan Roh Kudus adalah 100% Tuhan, merangkumi ketiga-tiganya sekali? Sepatutnya cukuplah kalau disebutkan: “Dengan nama Roh Kudus” sahaja atau “Dengan nama Bapa” sahaja.

Pengalaman saya pernah berdebat dengan penganut Kristian tegar amat menimbulkan kekeliruan pada diri individu tersebut apabila menjelaskan bahawa tuhan adalah sama iaitu 3 dalam 1 dan juga sebaliknya. Individu tersebut memberi pemahaman kepada saya melalui contoh iaitu AIR, beliau menyatakan air adalah asas (seperti tuhan) walaupun ia dalam bentuk apa sekalipun ia masih juga air sama ada bentuk cecair (air) pepejal (aisbatu) atau wap (pemejalwapan). 


 

Lalu saya nyatakan pada beliau memang kesemua yang dinyatakan adalah berasaskan air tetapi ia tetap tidak sama. Lalu saya memberikan contoh air tadi untuk dijawab, sekiranya anda selepas dari bersukan (berasa dahaga) dan anda berada di restoran memesan untuk segelas air sejuk dan pelayan membawakan anda segelas air panas adakah anda menerimanya? (tentu tidak sebab lain yang dipesan lain yang diberikan sedangkan hakikatnya ia juga adalah air). Adakah anda akan marah pelayan tersebut sekiranya pelayan menyatakan bahawa ia adalah sama iaitu air? (tentunya anda akan marah sebab sukar untuk diminum pada keadaan anda sedang dahaga). Oleh itu begitu juga dengan iman saudara sekiranya tuhan disamakan iaitu 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 adalah tidak masuk akal langsung, mana boleh ia sama seperti bapa, anak dan roh kudus jadi mana satu pilihan anda? Ia juga seperti tadi mana satu pilihan anda sekiranya pelayan membawakan air sejuk, air panas dan wap air sahaja tentu anda akan memilih...



Kenyataan ini serba sedikit memberikan individu yang berdebat tadi semakin celaru dan saya menjelaskan bahawa hanya satu tuhan yang layak disembah iaitu Allah kerana Nabi Allah Muhammad telah mencukupkan apa yang telah dibawa oleh para rasul yang lain. Di sini saya ingin berkongsi kepada pembaca sekalia mengenai kekeliruan yang terdapat di dalam Bible itu sendiri yang kurang dipersoalkan oleh penganutnya. Alhamdulillah saya juga mempunyai bible bekas kepunyaan isteri saya (isteri saya bekas penganut fahaman Anglican-telah memeluk Islam pada tahun 2007), maka ini memudahkan saya menelaah sendiri di mana kesilapan dan kekeliruan yang terdapat di dalam Bible. Berikut adalah kekeliruan tersebut;

1. Mana yang lebih dulu diciptakan, manusia atau pohon ?
a. Pohon diciptakan sebelum manusia diciptakan (Kejadian 1: 11-12, 26-27)
b. Manusia diciptakan sebelum pohon diciptakan (Kejadian 2: 4-9)


2. Mana yang lebih dulu diciptakan, hewan atau manusia ?
a. Burung diciptakan sebelum manusia diciptakan (Kejadian 1: 24-27)
b. Manusia diciptakan sebelum hewan diciptakan. (Kejadian 2: 7, 19)


3. Tuhan puas atau tidak dengan ciptaanNya ?
a. Puas (Kejadian 1: 31)
b. Kecewa (Kejadian 6: 5-6)


4. Tuhan maha melihat atau tidak ?
a. Tuhan mencari dan bertanya lokasi seseorang (Kejadian 3: 8-10, 4: 9)
b. Tuhan dapat melihat semuanya dan tidak ada yang tersembunyi dari penglihatannya. (Amsal 15: 3, Yeremia 16: 17, 23: 24-25, Ibrani 4: 13)


5. Berapa anak-anak Daud dari gundik di Yerusalem?
a. 11 orang yaitu Syamua, Sobab, Natan, Salomo, Yibhar, Elisua, Nefeg, Yafia, Elisama, Elyada dan Elifelet (II Samuel 5: 13-16)
b. 13 orang yaitu Syamua, Sobab, Natan, Salomo, Yibhar, Elisua, Elpelet, Nogah, Nefeg, Yafia, Elisama, Beelyada dan Elifelet (I Tawarikh 14: 3-7)


6. Berapakah tentara berkuda tawanan Daud?
a. 1700 orang (II Samuel 8: 4)
b. 7000 orang (I Tawarikh 18: 4)


7. Tuhan menyesal atau tidak?
a. Tuhan tidak punya sifat menyesal (I Samuel 15: 29,Bilangan 23: 19)
b. Tuhan menyesal (Kejadian 6: 5-6, I Samuel 15: 10-11,35, Samuel 24: 16, Yeremia 26:3, Yeremia 42:10, Keluaran 32: 14)


8. Apa yang diucapkan Yudas di hadapan Yesus?
a. Salam Rabi (Matius 26: 49)
b. Rabi (Markus 14: 45)
c. Yudas tidak mengucapkan apa-apa/diam (Lukas 22: 47)


9. Jam berapa Yesus disalibkan ?
a. Jam sembilan (Markus 15: 25)
b. Jam 12 Yesus belum disalibkan (Yohanes 19: 14)


10. Siapa yang membunuh Saul ?
a. Saul bunuh diri dengan merebahkan dirinya di atas pedang (I Samuel 31: 4-6)
b. Atas permintaan Saul sendiri, seorang Amalek membunuh Saul (II Samuel 1: 2-10)
c. Saul dibunuh oleh orang Filistin di Gilboa (II Samuel 21: 12)

Terlalu banyak kekeliruan yang terdapat di dalam Bible itu sendiri namun hanya beberapa yang saya nyatakan pada penulisan pada kali ini Insyallah nanti saya nyatakan kekeliruan yang lain dan juga berkaitan kisah disebalik kesesatan Kristian oleh PAUL.. yang sebenarnya telah menyesatkan penganut kristian.

Semoga dengan apa yang dipaparkan di sini mudah-mudahan memberikan kita bimbingan dan ‘nota kaki’ untuk kita melihat kebenaran agama Islam berbanding agama Kristian.

No comments:

Post a Comment