Friday, August 12, 2011

Kasihannya Sang Guru, Sedihnya Si Murid dan Muhasabah di Bulan Ramadhan

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM…. DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN MAHA PENGASIH…

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan…
Semoga Allah senantiasa memberikan perlindunganNya kepada semua muslimin dan muslimat dan memberikan hidayah dan rahmatNya untuk kita menempuhi hari-hari yang mendatang penuh dengan cabaran selain menghabiskan puasa yang hanya berbaki beberapa minggu..


Entry pada kali ini ialah Aduhai Kasihannya Sang Guru, Si Murid dan Bermuhasabah di Bulan Ramadhan… apa yang saya nukilkan disini ialah pandangan peribadi dan bukan mewakili mana-mana pihak atau menujukan kepada pihak tertentu tetapi ia hanyalah untuk kita dapat berkongsi dan bermuhasabah diri di bulan ramadhan al mubarak ini…

Banyakkan beramal dan menilai diri pada ramadhan ini


Sejak ramadhan ini seorang guru penuh cekal dan semangat membawa harapan untuk si murid bagi terus cemerlang dalam segala lapangan, namun apa yang menjadi kehairanan pada pandangan seorang pemikir? Ialah bagaimana guru-guru di sekolah tertentu terus dikerah dan terus diratah rakus oleh individu tertentu bagi mencapai objektif dan sasaran sekolah… maka bermulalah hari-hari seorang guru dan si murid yang terpaksa bersengkang mata mendidik dan dididik setiap hari isnin hingga hari jumaat. Apa yang menghairankan apabila sekolah tertentu yang tidak bermuhasabah diri dengan terus menerus mengadakan sekolah seperti biasa pada hari SABTU. Wah! Itu perkara biasa bersekolah pada hari sabtu maa… ya betul tetapi bagaimana kalau saya katakan hampir setiap hari sabtu sepanjang bulan…

sebenarnya guru tu pun menghadapi perkara sama!


Pihak kementerian dan jabatan pelajaran serta kerajaan sendiri mempunyai langkah bijak dengan mengurangkan masa kerja dan memberi kerehatan yang cukup kepada guru-guru dan penjawat awam yang lain iaitu bercuti pada setiap sabtu. Ingin saya berkongsi pengalaman semasa saya menghadiri temuduga di universiti swasta yang menawarkan tutor sambilan... dan ramailah pensyarah-pensyarah dari maktab (IPG) dari sekitarnya turut menghadiri temuduga ini.. boleh saya katakan rata-rata adalah dari pensyarah IPG dan IPTA. semasa menunggu sempatlah saya berbual dengan beberapa pensyarah IPG yang saya istilahkan juga dengan panggilan cikgu… pertanyaan saya “cikgu ada masakah hari sabtu dan ahad mengajar kelas tutor? dahlah padat dengan jadual harian” cikgu: oh taklah juga lagipun sekarang hari sabtu dan ahad cuti lagipun kalau dapat menjadi tutor macam nie taklah ambik masa banyak sehari hanya dua jam hingga tiga jam.. saya terus mengajukan dengan soalan lebih berat “aik kenapa sekolah lain hari sabtu bersekolah seperti hari biasa?” cikgu: ada lagi ker? Setahu saya kalau ada pun mungkin kelas tambahan atau aktiviti ko kurikulum tu pun tidaklah sampai setiap sabtu” saya teruskan lagi.. “tapi kenapa sekolah yang ini macam lain sikit, hampir setiap hari sabtu ada kelas seperti biasa.. kali ini cikgu pula rasa terkejut dan mula mengajukan soalan pada saya, cikgu: sekolah mana? Jawapan saya ringkas SMK hmmm… (rasanya tak perlu disebut) cikgu tadi lantas menjawab “ooooo…. Sekolah itu… saya tak heran dah banyak orang lapor dan memperkatakan tentang sekolah itu tapi yang peliknya tak ada tindakan yang dibuat”. Pada pemikiran saya (pemikiran yang tidak seberapa) ramai atau umum sudah mengetahui tetapi membiarkan sahaja perkara ini. cikgu tadi terus menambah lagi “entahlah macam mana guru-guru di sana boleh bertahan dengan keadaan macam tu mungkin juga mereka sudah terbiasa dengan keadaan sebegitu”.





Kali ini mari kita bermuhasabah diri dan mencerakinkan peristiwa dan keadaan yang berlaku disekolah tersebut…

Pertama: Rata-rata guru yang ada disana adalah dari golongan berkeluarga, maka terfikir di manalah di letak masa bersama keluarga yang ada sebab masa atau hari terluang hanyalah hari ahad… kalau nak keluar riadah atau makan angin dengan ahli keluarga dan anak-anak sekalipun tentu berfikir dua tiga kali sebab hari kemudiannya adalah hari isnin jadi jawapannya rehat sepanjang hari ahad dirumah… dan anak pun mulai bosan dah sepanjang tahun asyik duduk terperap dirumah, nak buat macam mana dah kalau sabtu ibu dan bapa yang seorang guru balik petang jam 1 (tu pun kalau jam 1 kalau jam 2 atau jam 3) lepas tue sampai rumah terus rehat campur dengan tidur sebab penat awal pagi sabtu jam 5 atau jam 6 dah kena bangun bersiap ke sekolah… dimanakah masa bersama keluarga?… malam tak payah cakaplah periksa buku murid itu periksa kertas peperiksaan ini dan pelbagai lagi bebanan sekolah still di bawa ke rumah.. anak pun turut serta menconteng buku mungkin tanda protes! 




Kedua: si murid yang melihat rakan sekolah lain menghabiskan masa sabtu dengan riadah atau hanya ko-kurikulum berjalan dengan longlai pada sabtu… dalam kepala murid “kenapalah sabtu nie bersekolah sedangkan sekolah lain cuti macamlah kami nie robot dikerah… otak pun kena rehat kerja rumah pun belum siap nanti bila tak siap kena gantung atau kena berhenti sekolah terpaksa sibuk cari sekolah lain… inilah gara-gara nak sangat mengejar nama”. Mungkin ada betulnya bila setiap kali melintasi beberapa sekolah disekitar kawasan tersebut pada hari sabtu confirm cuti melainkan aktiviti ko kurikulum dan sekolah ganti berbanding dengan sekolah yan satu ini… dimana perasaan belas kasihan pada murid kalau ya pun buatlah kelas tambahan janganlah bersekolah seperti hari biasa… memang pada satu sudut ia adalah baik tetapi perlu di ingat sekiranya keadaan macam sebegini terus disogok maka berlakunya perasaan memberontak dan tidak puashati maka penguasaan dikelas oleh murid-murid hanya sekitar 50% mungkin ada yang kurang..



Ketiga: sebagai perbandingan pada masa dulu dan sekarang… disebabkan kemajuan yang dicapai maka ramai yang terpaksa bersaing dan memeras otak untuk maju tetapi perlu difahami manusia masih memerlukan rehat yang cukup dan yang paling penting manusia ada “NILAI”. Apakah nilai tersebut? Terpulang pada anda… sekiranya anda seorang yang workaholic, memang anda tidak kisah terutamanya bagi guru bujang atau guru yang nilai keluarga dah hampir mencapai tahap menopause atau nilai keluarga pada tahap kau.. kau… aku.. aku… atau nilai keluarga seperti seorang yang bersenggama dengan diri sendiri maka terjunlah dengan labu-labunya (wah ayat seperti seorang rakan pensyarah yang saya kenali suka bercakap tanpa bertapis yang penting berani kerana benar)… bagaimana pula yang dalam diri seorang guru ada nilai keluarga tapi terbatas atau terpaksa.. alangkah kasihan boleh saya katakan di sini pengurusan tidak ubah seperti keadaan di korea utara (komunisme)… habis rakyat jadi mangsa tapi pemimpin ketawah berdekah-dekah hingga boleh dengar ke negara jiran sebelah! Mana nilai seorang manusia? Jadi fikirkanlah? Keluarga itu penting dan setiapnya mempunyai hak untuk bersama ahli keluarga… jangan kerana sekolah kita yang punya maka kita berbuat sesuka hati… guru-guru yang suka disekolah pada sabtu ingatlah suami atau isteri atau anak-anak tengah menunggu untuk menghargai masa .. jangan syok sendiri disekolah kalau buat kerja takper kalau buat dosa mengumpat dah kena tahan oleh bos suruh balik jam 1 petang nak buat macam mana, masa banyak apalagi inilah masa mengumpat atau mengenyit mata… hehehe… sorry to say.. 



Keempat: laungan rumahku syurgaku… selama ini setiap hari diseru dengan ungkapan rumahku syurgaku bukan sekolahku syurgaku… (mungkin diperingatkan sebelum sampai seru oleh Allah jadi beramal lah dalam keluarga sendiri) kenapa ungkapan ini penting… rasanya guru-guru bijaksana dan lagi lebih mengetahui (walaupun terdapat guru yang berlagak bodoh sombong lagi bodoh tolol “istilah tolol hanya dalam bahasa harian sabah yang menunjukkan kebodohan tahap melampau”), sebab ungkapan ini telah lama wujud pada zaman Rasulullah tapi hanya dikenal pasti beberapa dekad yang lepas… seorang anak yang dilahirkan adalah seperti kain putih dan terpulang pada ibu bapa untuk mencorakkan ia sama ada… (tak perlu saya sambung sebab rasanya ramai yang tahu). Kecemerlangan dan kegemilangan individu adalah BERMULA dari RUMAH bukan dari SEKOLAH! Sekolah hanya penggilap dan pembimbing… jadi sekiranya institusi keluarga sudah diperkotak-katikkan oleh ruang lingkup yang terhad fikiran sempit dan jumud asyik dikerah dan guru dipaksa mengajar pada hari sabtu maka anak-anak sang guru kebanyakkan berbin atau berbintikan tadika atau nursery pada hari sabtu.. sedangkan itulah masa yang patut dihargai dan diluangkan pada anak-anak… mungkin guru-guru yang veteran atau tua tapi merasakan muda inilah masa untuk terus menampah nama dan berjoli di sekolah dengan guru-guru lain (harap-harap tidak ada skandal) maka sabtu merupakan ‘saturday night’ bagi mereka “nak risau pasal cucu buat apa tue ibu bapa dah ada.. suruh ibu bapa dia yang uruskan datuk nak enjoy kejap… jadi sekiranya institusi keluarga memainkan peranan maka guru-guru perlu dinilai seperti manusia lain perlukan rehat perlukan masa bersama keluarga… dan jangan samakan tugasan guru dengan tugasan penjawat awam yang lain… tugas guru pada pandangan saya lebih berat… bayangkan setiap guru mengajar lima kelas dan setiap kelas ada 30 orang murid maka seorang guru kena berdepan dengan 150 orang pelanggan (murid) dengan pelbagai karenah.. itu belum lagi kerja rumah yang dibawa balik… belum lagi sabtu mengajar seperti biasa… belum lagi diskriminasi… jadi jangan cakap kerja guru adalah mudah sedangkan penjawat awam (hanya penjawat awam yang tidak patuh pada tugas ok, bagi yang patuh salute u banyak-banyak kerana memudahkan rakyat!) masuk jam 8, sarapan pagi, minum pagi lepas tue barulah bermula kerja hakiki itupun mungkin kalau yang ingat kalau yang tak ingat lepas tue atas meja ada computer dengan internet status facebook kena update lagi paling tidak log in lepas tue status LOL.. hahaha.. kena confirmkan rakan-rakan yang nak add… sempat nak promo biskut raya, jubah ala bidadari sempena syawal ada potongan bagi rakan FB… jadi sendiri kena muhasabah diri bukan untuk membandingkan tapi setiap jawatan ada tugas masing-masing dan ruang kerja bidang yang berbeza..



Kelima: Ramadhan sedang dihayati… maka bulan ini perlu banyak bermuhasabah diri.. fikirkan tentang orang lain.. jangan fikirkan tentang diri sendiri… jangan cakap tue orang lain kerja hari sabtu ahad tak banyak komen pun… maka fikirkanlah sekali lagi setiap orang ada bidang tugas masing-masing jangan asyik menuding pada orang lain.. kita tidak boleh mencontohi seorang tentera.. tentera ada tugas dan kehendak masing-masing… jangan bandingkan dengan doktor yang mempunyai tugas berbeza… jangan menyamakan dengan seorang businessman yang kerja sepanjang hari sebab skop tidak sama… sebab sekiranya kita suka melihat dan menyamakan tugas-tugas bidang lain yang berbeza maka kenapa kita tidak cakap pada diri kita sendiri “jadi kalau orang makan tahi kita pun makan tahi jugaklah!” setiap orang ada tugasan dan beban yang dipikul.. kalau asyik seperti diatas maka laporlah dengan perdana menteri yang asyik ke luar negara laporlah dengan bos-bos yang meeting sambil menghirup kopi pahit jantan sambil ketawa riang untuk persediaan malam hari sempena malam jumaat banyak pahala… makanya suatu yang ditentukan perlu diikuti.. lagipun pekelilig mengenai masa bekerja pada hari sabtu telah ada… sila baca baik-baik.. ingatlah guru-guru pembimbing dan pendidik anak bangsa apalah salahnya kalau kita memberi kelonggaran memberi peluang tanpa mengerah sepanjang tahun untuk mengajar pada hari sabtu… janganlah kerana bersaing dengan sekolah lain maka kita gadaikan maruah seorang pemimpin guru (sama ada guru besar atau pengetua).. kita lacurkan maruah ketua bidang.. kita jual maruah seorang guru kaunselor (orang yang sepatutnya layak menulis entry sebegini agar dapat memotivasikan guru-guru yang mempunyai kuasa-melainkan guru itu sendiri gila kuasa)… kita perhambakan maruah guru disiplin… kita calit najis pada maruah seorang guru agama ustaz atau ustazah (ustaz pun kena ambil iktibar jangan asyik jadi pak turut..).. kita rendahkan martabat guru-guru biasa yang tidak pernah kenal erti lelah dengan santun dan lembutnya mengajar seorang murid untuk menjadi orang yang berguna… angkatlah darjat guru-guru berilah peluang untuk guru-guru mencari nilai keluarga pada keluarga itu sendiri… wang ringgit bukan segalanya… kalau wang ringgit segalanya sudah lama anak-anak yang baru lahir dikerah menjadi pencinta duit… setiap manusia dilahirkan dengan bakatnya kenapa sekolah berasrama penuh sentiasa menjadi sekolah terbaik sebab murid-murid yang ada dikumpul dikalangan terbaik… jadi sekolah biasa akan turun naik… kalau kebetulan ada murid yang bersekolah dan menduduki peperiksaan spm yang berbakat bijak maka tidak hairanlah sekolah tersebut menjadi sekolah yang terbaik… sebab persekolahan biasa tidak pernah pun menjadi sekolah terbaik sepanjang lima tahun berturut-turut sebab dari pelbagai golongan tahap murid melainkan sekolah berasrama penuh yang sudah memang terpilih… so… bersederhana…





Keenam: bermuhasabah dirilah di bulan ramadhan… luangkan masa bersama keluarga untuk berterawih.. untuk berbuka bersama.. untuk menjalani ibadah puasa.. menyediakan juadah untuk anak-anak dan suami bukan asyik merembat kuih muih di bazaar… nanti bila seorang anak menjadi perdana menteri atau menjadi pemimpin atau menjadi orang terkenal dan ditanya makanan yang disukai dan dijawab dengan selambanya “masakan restoran madinah depan All Saints”… “maskan warung puteri di likas servay” atau “masakan kantin sekolah” .. bagaimanalah perasaan seorang ibu… yang pada biasanya seorang anak akan mengatakan sudah tentu masakan ibu dah tak boleh lawan airtangan ibu” disitulah kita baru terngadah dan ternganga… rupa-rupanya aku seorang ibu tidak dihargai oleh seorang anak… maka semua pun bersorak dan bertepuk tangan kelucuan fikirkan jawapan anak hanyalah sekadar gurauan rupa-rupanya reality hidup seorang guru yang ditindas….



Oleh itu, bagi yang mana-mana pihak mari kita nilai dimanakah tahap seorang guru yang bijak dan terpelajar yang mengajar seorang murid yang juga akan menjadi bijak dan terpelajar… tanyakan pada diri… tanyakan pada hati kerana hati tidak pernah menipu… jangan dijadikan alasan untuk mencari duit… adakah duit dibawa mati berbanding kasih sayang seorang anak yang senantiasa mendoakan ibubapanya sejahtera selepas meninggal dunia berkat seorang ibu yang senantiasa memberikan kasih sayang… maka kalau duitlah yang dikejar maka serulah pada duit untuk mendoakan kita selepas mati….. tidak akan terputus amalan anak adam selepas ia mti iaitu ilmu yang berguna yang diturunkan pada seorang murid di praktikan, sedekah atau amal jariah yang memberi manfaat selagi diguna dan doa seorang anak kepada ibubapanya… Beringatlah pada mana-mana pihak bahawa penulisan ini hanyalah penulisan sampah atau penulisan seloroh yang mungkin keluar dari kotak pemikiran seorang pemikir atau pun penulisan pojok bukan seorang pemikir…. Kata akhir dari saya Seorang pemimpin yang baik ialah menjaga rakyatnya atau menjaga kebajikan orang bawahan bukan mendiskriminasi, mengerah untuk datang bersekolah pada hari sabtu lepas tu datang sekejap kemudian pekena kopi di kedai makan depan All saints… saya memohon maaf atas penulisan ini sekiranya ada yang terkena hanyalah kebetulan yang tidak disengajakan atau disengajakan…. Kerana hanya satu objektif penulisan ini iaitu untuk dijadikan pedoman dan ikhtibar…. Renung-renungkan dan selamat beramal!

No comments:

Post a Comment