Bismillahirrahmanirrahim.... Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihi....
Bersatulah Untuk Menegakkan Agama Allah |
Nur Al-Quran akan menerangi wajah-wajah seorang insan |
Assalamualaikum dan Salam Perpaduan Ummah.... semoga para pembaca dan blogers mendapat hidayah dan mendapat rahmat Allah SWT di dunia dan di hari penghitungan kelak...
Hayati dan Mengamalkan |
Entry pada kali ini bersempena dengan nuzul quran dan juga kematian... semua hampir maklum bahawa surah pertama yang diturunkan ialah di gua hira yang tidak banyak berbeza dengan mana-mana gua kecil... Allah tidak memilih suatu tempat yang istimewa atau tempat yang mewah bagi menurunkan wahyu pertama yang di bawa oleh Jibril... Gua Hira hanya memuatkan dalam dua atau tiga orang yang mana dari gua ini kita boleh melihat masjidil haram dan juga masjid nabawi... itulah yang dimuliakan oleh Allah menunjukkan keberkatan kepada ajaran Islam...
Terdapat dua pendapat yang menyatakan bilakah Al quran diturunkan iaitu pada malam isnin bersamaan 17 ramadhan (6 Ogos 610 Masihi) dan pendapat kedua iaitu pada 24 ramadhan (13 Ogos 610 masihi). Namun ramai yang berpendapat pada tarikh kedua bersesuaian dengan surah al-qadr ayat 1 dan surah ad-dhukan ayat 1-4. meskipun di Malaysia ia sambut pada 17 ramadhan namun kedua-dua tarikh tersebut bukan satu persoalan besar, tetapi persoalannya ialah bagaimana kita menghayati al-quran dan mengamalkan segala isi kandungannya yang merupakan salah satu mukjizat Rasulullah SAW yang boleh kita lihat hingga ke hari ini dengan mata kasar berbanding dengan mukjizat Nabi Musa AS, Nabi Isa AS, Nabi Sulaiman AS dan nabi-nabi lain..
Perkataan Nuzul bermaksud turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bermula surah Al-Alaq yang diturunkan kepada Rasulullah SAW pada bulan ramadhan dan beberapa pendapat menyatakan bahawa surah ini diturunkan pada malam lailatulqadar dengan keadaan Rasulullah yang terkejut dengan perjumpaan malaikat Jibril. Dari kejadian ini dapat kita saksikan peranan Siti Khadijah sebagai seorang isteri yang menenangkan nabi Allah dan mententeramkan agar Rasulullah SAW berada dalam keadaan yang sebaiknya... Dijelaskan wahyu datang kepada baginda seperti gemerincing loceng. Cara inilah yang amat berat dirasakan oleh baginda. Kadang-kadang pada kening baginda terpercik peluh walaupun wahyu turun pada musim dingin. Kadang-kadang unta baginda terpaksa berhenti dari berjalan dan terduduk kerana merasa amat berat sekiranya ketika wahyu diturunkan, baginda sedang menunggang unta. Sebagai penulis wahyu, Zaid bin Sabit diriwayatkan berkata: “Aku adalah penulis wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah SAW. Aku lihat ketika turunnya wahyu, Rasulullah yang menerimanya seakan-akan diserang demam yang teruk dan peluh baginda bercucuran seperti permata. Setelah selesai turunnya wahyu, barulah baginda kembali seperti biasa”.
senjata seorang muslim adalah melalui doanya! |
Malahan, amatlah maha berkuasa Allah SWT yang menurunkan alquran selama 22 tahun 2 bulan 22 hari, yakni 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah kerana itulah sekiranya kita menginginkan diri kita diberi hidayah dan diberi keinsafan untuk melakukan turning point adalah baik untuk kita membaca ayat-ayat yang diturunkan di Mekah kerana pada masa Rasulullah berada di mekah kebanyakan adalah untuk mengajak umat manusia menyembah Allah dan bertaubat...
Umumnya di Malaysia berduyun-duyun manusia untuk menghadiri ceramah dan mengadakan ceramah tetapi berapa ramai yang menghayati alquran itu sendiri? adalah satu kesilapan kita menghayati hari dan waktu alquran itu diturunkan kerana kita hanya menghayati hanya pada satu hari iaitu pada 17 ramadhan berbanding jika kita menghayati alquran maka sepanjang hidup 365 hari di darab dengan umur kita maka sepanjang itulah alquran berada di dalam kalbu sanubari dan hati kita...
Justeru secara kebetulan pada tahun ini ramadhan dan nuzul alquran serta kemerdekaan berada dibulan yang sama, kemerdekaan yang bakal tiba pada 31 hb ogos disambut tidak lama lagi dan kebetulan jatuh di penghujung bulan ramadhan... maka semangat kita pada tahun ini ialah semangat menyambut ramadhan yang menghadiahkan pahala yang berlipat ganda dan kemerdekaan yang menunjukkan kita bebas dari belenggu penjajah dan pemikiran yang dijajah yang selama ini hingga memunculkan semangat nasioanalisme.. sebelum ini saya membaca penulisan seorang ahli agama yang menegaskan bahawa semangat NASIONALISME yang ada pada masyarakat sekarang merupakan satu penyakit ke arah kegopohan dan ke arah kehancuran agama islam itu sendiri! kenapa? mesti semua mempunyai pendapat masing-masing... persoalan pokok ialah... BUKANKAH SEMANGAT NASIOANLISME PENTING KE ARAH PEMBENTUKAN SEBUAH NEGARA? maka jawapannya juga berbentuk soalan ringkas adakah zaman Rasulullah SAW baginda meniupkan semangat nasionalisme pada para sahabat dan umat mukiminin semasa melakukan hijrah dan semasa menakluki Mekah? jawapan TIDAK! TIDAK SAMA SEKALI! Rasulullah SAW meniupkan SEMANGAT ISLAM pada para sahabat melalui aqidah LAA ILAHA ILLA ALLA.
Sedangkan talian komunikasi pun boleh bersama apakan lagi seorang manusia dengan manusia lain |
Maka pada hari ini kita disogok dengan pelbagai fahaman seperti komunisme, sosialisme, kapitalisme, liberalisme dan nasionalisme... semuanya ini dipengaruhi oleh fahaman Yahudi.... Kenapa Yahudi? sedarkah kita bahawa yahudi tidak ada semangat nasionalisme pada diri mereka tetapi yang ada ialah semangat KEYAHUDIAN pada diri laknatullah ini... letaklah orang yahudi dimana-mana dimuka bumi ini maka semangat Yahudi tetap subur dan senitasa bantu membantu dengan yahudi yang lain... sama ada yahudi di AS atau Yahudi di Eropah ia tetap sama.
Ketika pemerintahan khalifah Islamiyyah masih tegak dan menaungi kehidupan sosialisasi pada masa tersebut, mereka hanya menghayati bahwa hanya aqidah Islam Laa ilaha illa Allah saja yang mempersatukan mereka satu sama lain. maka tidak hairanlah leburnya pemisah seperti sahabat Abu Bakar yang Arab dengan Salman yang berasal dari Persia dengan Bilal yang orang Ethiopia dengan Shuhaib yang berasal dari bangsa Romawi. Mereka hanya mengiktiraf persaudaraan dan kasih sayang yang menembus batas-batas kaum, bangsa, warna kulit, asal tanah-air dan bahasa. Mengapa? kerana semuanya berlandaskan ketakwaan pada Allah!
”Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.” (QS Az-Zukhruf ayat 67).
”Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dalam jamaah, dan janganlah kamu bercerai berai.” (QS Ali Imran ayat 103).
semangat Nasionalisme di canai oleh manusia di bentuk dengan segala baik mungkin agar merendah-rendahkan semangat ketakwaan pada Allah... lihatlah pada 31 hb Ogos segala bendera negeri dan Malaysia di kibarkan menunjukkan semangat nasionalisme kita tetapi manakah semangat panji-panji hitam Allah yang akan bangkit! bersatulah menjadi seorang umat Islam dan pertahankan negara Malaysia sebagai negara Islam! dan bila negara kita diketuai oleh pimpinan bukan Islam (tidak merujuk pada mana-mana parti politik) adakah anda meyakini Islam akan di bela! jangan kerana kepentingan politik kita kutuk sesama umat islam, kita mengkafirkan sesama umat islam tetapi kita boleh pula bersekongkol dengan yang bukan Islam malahan hanya tunduk diam membisu apabila si Sang Kafir mewar-warkan kepimpinannya... ingatlah di Malaysia kita bukan memegang perniagaan seperti kaum lain.. jadi kita mudah untuk diperkotak katikkan...
Justeru, sewaktu umat Islam hidup di bawah naungan Syariat Allah dalam Khilafah Islamiyyah mereka tidak mengenal bentuk ikatan kehidupan sosial selain Al-Islam. Mereka tidak pernah membangga-banggakan perbezaan suku dan bangsa satu sama lain. Betapa pun realiti suku dan bangsa memang tetap wujud, tetapi ia tidak pernah mengalahkan kuatnya ikatan aqidah di dalam masyarakat. Kita boleh teliti dengan pemikiran kita yang maha bijak lagi bodoh apabila masing-masing negara kaum muslimin mengikuti jejak langkah negara Turki yang disekularkan oleh Mustapha Kamal Atarturk, maka kita mula mengikut jejak langkah dunia barat yang hidup dengan membanggakan Nasionalisme masing-masing. Sedangkan bangsa-bangsa Barat tidak pernah benar-benar berhasil membangun soliditi sosial melalui man-made ideologi tersebut. Akhirnya umat Muslim mulai sibuk mencari-cari identiti Nasionalisme masing-masing. Justeru orang Malaysia lebih bangga dengan keMelayuanlaysia nya daripada ke-Islamannya. Bangsa Mesir bangga dengan keMesirannya. Bangsa Saudi bangga dengan bangsa Arabnya.
Oleh itu, marilah kita mengambil ikhtibar diatas apa yang berlaku pada negara-negara yang sebelum ini di timpa dengan pelbagai musibah dan segala mala petaka.. bersatulah para pembaca Islam sekalian sempena di bulan ramadhan dan di bulan kemerdekaan ini jangan jadikan diri kita disirami dengan semangat nasioanlisme yang menebal berbanding dengan semangat ketakwaan yang kita pinggirkan. SEKIRANYA SEMANGAT NASIONALISME KITA LEBIH TEBAL BERBANDING DENGAN SEMANGAT KESILAMAN KITA, HANYA INI YANG DAPAT SAYA SAMPAIKAN PADA AKHIR ENTRY INI... RENUNGKANLAH!
Abu Daud dan at-Tirmidzi meriwayatkan dari Abu Hurairah
Rasulullah SAW bersabda:
'Hendaklah semua kaum berhenti membanggakan diri dengan bapak-bapak (nenek moyang) mereka yang telah meninggal dunia. Sesungguhnya mereka adalah arang dari arang neraka jahanam atau (bila mereka tidak berhenti dari hal itu) mereka menjadi lebih hina di sisi Allah dari pada ju'l (nama binatang sejenis kumbang) yang membolak-balik kotoran dengan hidungnya. Sesungguhnya Allah telah menghilangkan darimu kesombongan masa jahiliyah dan kebanggaan dengan bapak-bapak. Sesungguhnya ia adalah seorang mukmin yang bertaqwa atau seorang fasik yang celaka. Semua manusia adalah keturunan Adam dan Adam berasal dari tanah
Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak ada keutamaan bagi bangsa arab atas bangsa ajam (non arab), dan tidak ada keutamaan bagi yang berkulit hitam atas yang berkulit merah kecuali dengan taqwa." Hadis Riwayat Ahmad.
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal" (QS. Al-Hujuraat:13)
Sekian... Assalamualaikum dan Salam Perpaduan Ummah!
No comments:
Post a Comment